Siakap Keli
Ramalan Camilla Betul, Pilih England Menang Berdepan Iran
Gambar: Paul Tonge via The Sun UK

Piala Dunia Qatar 2022: Tewaskan Iran 6-2, Unta Didakwa Dah Ramal Kemenangan England

Piala Dunia Qatar 2022: Tewaskan Iran 6-2, Unta Didakwa Dah Ramal Kemenangan England

Seekor unta didakwa berjaya meramalkan dengan tepat mengenai kemenangan pasukan England dalam perlawanan pertama saingan kumpulan B kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Iran, lapor The Sun UK.

Haiwan berkenaan yang dinamakan Camilla atau digelar Mystic Millie itu tidak teragak-agak untuk bergerak menuju ke arah The Three Lions dan memberikan gambaran awal terhadap keputusan perlawanan tersebut pada Ahad.

Pemiliknya, Jenny dan Vernon Moore masing-masing berumur 52 tahun dari Melton Mowbray, Leics berkata bahawa haiwan itu tidak pernah salah.

“Ia adalah petanda baik untuk Pengurus pasukan England, Gareth Southgate dan anak-anak buahnya melepasi peringkat kumpulan.

“Kami memintanya untuk memilih antara bendera kami (England) dan pihak lawan (Iran) yang diletakkan di atas kekuda sebelum dia bergerak menuju ke bendera England,” kata Vernon.

Difahamkan, unta tersebut merupakan simbolik istimewa terhadap kejohanan Piala Dunia kali ini.

“Camilla sangat bersemangat dan kami percaya bahawa ia mempunyai kebolehan untuk meramal keputusan Piala Dunia,” kata Jenny.

Sementara itu, dalam perlawanan pertama kumpulan B, England tampil dengan aksi yang meyakinkan selepas membelasah Iran dengan skor 6-2 sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan England kini berada di tangga pertama kumpulan B dengan mengumpul tiga mata sementara Iran berada di tempat tercorot dengan kosong mata.

Terdahulu, Camilla turut berjaya meramal skuad Ecuador dengan tepat bahawa pasukan itu memenangi perlawanan menentang Qatar yang berkesudahan Ecuador menang 2-0 ke atas tuan rumah.

Sumber: The Sun UK

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.