Siakap Keli
Kredit: FIFA

“Comelnya La’eeb”, Ibarat Ghutra Terbang, Kenali Maskot Rasmi Piala Dunia Qatar 2022 & Apa Yang Diwakilinya

“Comelnya La’eeb”, Ibarat Ghutra Terbang, Kenali Maskot Rasmi Piala Dunia Qatar 2022 & Apa Yang Diwakilinya

Jika anda menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022, mesti anda tertanya-tanya apabila melihat maskot rasmi kejohanan itu. Walaupun ia mirip dengan watak animasi hantu, Casper, ia bukanlah hantu mahupun ikan pari. Jadi, apakah sebenarnya yang diwakili maskot berkenaan?

Maskot Rasmi Piala Dunia Qatar 2022, La’eeb merupakan sehelai ghutra, perkataan bahasa Arab untuk serban yang dipakai secara meluas di negara-negara Arab. Ia juga dikenali sebagai keffiyeh.

Kredit: FFA

Kenali La’eeb

Manakala nama maskot berkenaan, La’eeb, merupakan perkataan Arab yang bermaksud pemain yang berkemahiran tinggi.  Menurut FIFA, maskot ini bertujuan untuk “memberikan keseronokkan bola sepak kepada semua”.

Sebelum ini, maskot tersebut telah dilancarkan pada April lepas dalam sebuah video bersama RedOne, penyanyi dan penulis lagu kacukan Maghribi-Sweden. Beliau juga merupakan Pegawai Eksekutif Bahagian Hiburan Kreatif di FIFA.

Dalam video tersebut, La’eeb membawa RedOne ke “Mascotverse” iaitu sebuah parallel universe yang didiami oleh maskot-maskot Piala Dunia edisi yang lepas.

Apa yang ada di dalam Mascotverse?

Di dalam mascotverse, antarta maskot yang anda temui adalah Willie iaitu merupakan maskot pertama Piala Dunia dicipta iaitu pada tahun 1966.

Kredit: FIFA

Selain Willie, beberapa maskot popular yang lain turut tampil antaranya Nranjito, maskot buah oren dari Sepanyol 82, Juanito, maskot budak lelaki memakai topi somberero dari Mexico 70, dan Pique, maskot lada jalapeno bermisai dari Mexico 86.

Semasa berada di Mascotverse, La’eeb memberikan galakan kepada semua orang agar mempercayai diri mereka, dengan menggunakan ‘Now is All’.

Sifat La’eeb yang mampu ‘mencairkan’ hati peminat dunia

Ketika memperkenalkan La’eeb di persada dunia buat kali pertama, Khalid Ali Al Mawlawi, Timbalan Pengarah Umum Pemasaran, Komunikasi dan Pengalaman Perlawanan, Ahli Majlis Tertinggi bagi Penyampaian dan Legasi, berkata:

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan La’eeb sebagai Maskot Rasmi untuk Piala Dunia FIFA pertama yang diadakan di Timur Tengah dan Dunia Arab.

”Maskot comel ini berasal dari Mascotverse iaitu sebuah tempat yang tidak dapat diterangkan melalui logik akal. Kami mengalakkan anda semua untuk membayangkan bagaimana ia kelihatan.

“Kami yakin bahawa semua peminat dari seluruh dunia akan menyukai karakter yang menyeronokkan dan suka bermain ini. La’eeb akan memainkan peranan penting sebagaimana kita memberikan pengalaman Piala Dunia Qatar kepada peminat muda dan tua,” tambah Al Mawlawi.

Kredit: AFP/Getty Images

Nota penulis: Semasa mula-mula nampak maskot La’eeb semasa persembahan lagu Dreamers, nyanyian Jungkook dan Fahad Al-Kubaisi. Asalnya, penulis ingatkan La’eeb ini adalah bulu tangkis (sebab bahagian lilitan hitam pada kepala La’eeb, seakan-akan bulu tangkis). Tapi macam tak logik pula kalau bulu tangkis jadi maskot perlawanan bola sepak.

Sumber: Four Four Two

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma