Siakap Keli
gempa bumi melanda barat turki
Gambar: Google via BNO News

Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.0 Landa Turki Barat

Satu gegaran gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 telah melanda sebuah bandar di wilayah Duzce, barat Turki awal pagi tadi, lapor BNO News.

Menurut ahli seismologi impak gempa itu turut dirasai sejauh Istanbul dan Ankara. Namun pada ketika ini hanya sedikit maklumat yang dikenal pasti.

Dalam pada itu, gempa bumi yang melanda pada 4.08 pagi waktu tempatan tadi berpusat kira-kira 14 kilometer (9 batu) barat laut Duzce atau 51 kilometer (32 batu) timur laut Adapazan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) meletakkan skala gempa itu berlaku pada magnitud 6.1, manakala Balai Cerap Kandili Turki meletakkanya lebih rendah sedikit iaitu 5.9.

Gempa itu melanda kira-kira empat hingga enam kilometer di bawah permukaan, menjadikannya gempa bumi yang sangat cetek.

Sementara itu Datuk Bandar Duzce Faruk Ozlu berkata bekalan elektrik terputus di bahagian bandar dan perkhidmatan internet terganggu akibat gempa tersebut.

Difahamkan, gegaran dirasai di seluruh rantau, termasuk di Bolu, Golcuk, Gebze, Istanbul dan Ankara.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Levant Amerika Rania Kisar menerusi laman Twitter turut melaporkan mengenai gempa itu dan memberi perkembangan mengenai keadaan rumahnya selepas gegaran berlaku.

“Gempa bumi 6.0 di Istanbul pada 4.08 pagi, hanya beberapa minit yang lalu. Orang awam berada di jalanan untuk berkumpul,” katanya.

Sumber: BNO News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana