Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenapa Kertas Timah Ada Dua Sisi, Satu Berkilat & Satu Kusam? Ini Jawapannya

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Pixabay

Kenapa Kertas Timah Ada Dua Sisi, Satu Berkilat & Satu Kusam? Ini Jawapannya

Kertas kerajang aluminium seringkali digunakan apabila kita mahu membuat ikan bakar atau sebagainya. Bagi mereka yang teliti orangnya, tentu perasan keratas kerajang alumnium ini biasa mempunyai dua sisi, satu bahagian yang lebih terang dan berkilat manakala di satu sisi lain pula, warnanya adalah lebih kusam.

Ibarat satu teka-teki, kenapa kertas kerajang aluminum ada dua sisi? Ada beza ke kedua-duanya, kalau nak balut ikan bakar, yang mana di luar dan yang mana di dalam?

Persoalan-persoalan ini pasti pernah timbul dalam fikiran sebahagian daripada kita kan. Nak tanya dekat orang lain, belum tentu dapat jawapan. Jadi malu pula kalau kena sindiri nanti, ”Itupun nak tanya ke? Pakai je la belah mana pun.”.

Kepada pengguna-pengguna kertas kerajang aluminium yang sedang membaca artikel ini, anda boleh menarik nafas lega kerana kali kami mahu berkongsi dengan anda jawapan kepada pertanyaan di atas.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Menurut Huffington Post, kedua-dua bahagian adalah sama-sama efektif dalam memanaskan makanan anda. Dengan erti kata lain, anda boleh memilih bahagian mana yang anda gemari.

Namun, persoalan utamanya adalah kenapa kertas aluminium memiliki dua bahagian yang berbeza?

Berdasarkan pakar di Reynold’s Kitchen, perbezaan antara dua belah ini adalah disebabkan proses pembuatan yang dinamakan sebagai milling. Semasa proses tersebut, haba dan tekanan dikenakan terhadap aluminium untuk meregang dan membentuk kertas kerajang.

Dua kerajang telah ditekankan dan menjalani proses milling bersama kerana jika tidak, ia akan koyak.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

“Pada bahagian kerajang yang bersentuhan degan kerajang lain, itulah bahagian kusam,” terang Reynold.

Manakala pada bahagian berkilat itu pula, merupakan permukaan kerajang yang tidak bersentuhan dengan bahagian logam yang lain.

Akan tetapi, jika anda mengunakkan kertas kerajang anti melekat, terdapat perbezaan antara kedua-dua bahagian. Hal ini disebabkan bahagian anti lekat itu hanya diletakkan pada bahagian kusam sahaja. Kertas kerajang aluminium jenis ini kebiasanya disertakan dengan label pada bahagian tidak melekat.

Walau bagaimanapun, kertas kerajang aluminium mampu menjejaskan kesihatan jika anda kerap menggunakannya ketika memasak. Anda wajarlah mengurangkan kekerapan penggunaan kertas kerajang untuk kesihatan yang lebih baik.

Sumber: Reader Digest