Siakap Keli
fans arab saudi roboh pintu
Gambar tangkap layar video Twitter @ladbible

Puas Tumpaskan Argentina, ‘Fans’ Arab Saudi Melompat Sakan Sampai Roboh Pintu

Sekumpulan penyokong atau fans Arab Saudi melompat sakan kegembiraan meraikan kemenangan mereka tumpaskan Argentina sampai roboh pintu.

Kemenangan Arab Saudi dalam perlawanan pertama mereka di Piala Dunia Qatar 2022 malam tadi telah mengejutkan seluruh dunia kerana berjaya menumpaskan pasukan gergasi, Argentina.

The Green Falcons menang tipis 2-1 ke atas pasukan lawan sekali gus mencipta sejarahnya yang tersendiri dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Berita kemenangan ini bukan sahaja menggembirakan peminat fanatik bola, malah kerajaan Arab Saudi juga turut mengumumkan cuti peristiwa (hari ini) sebagai hadiah kerana kejayaan negara itu menumpaskan Argentina.

Imbas kembali perlawanan semalam, Argentina mendahului perlawanan dengan sepakan penalti oleh penyerang bintang mereka, Lionel Messi seawal minit ke-10.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama selepas Arab Saudi meledakkan gol mereka dengan dua jaringan daripada Saleh Al-Sheri dan Salem Al Dawsari pada separuh masa kedua perlawanan.

‘Lompat sakan sampai pintu rumah roboh’

Kemenangan Arab Saudi 2-1 ke atas Argentina turut membuatkan sebilangan besar penyokong mereka bergembira hingga ada rakaman momen tertentu dirakam dan tular di media sosial.

Seperti yang dikongsikan di laman Twitter @ladbible ia memaparkan sekumpulan penyokong yang melompat sakan bagi meraikan kemenangan tersebut sehingga pintu rumah mereka roboh.

Malah, lebih mengejutkan lagi, perkara itu tidak mematahkan semangat mereka untuk kembali meraikan kegembiraan tersebut. Mereka kemudiannya kembali masuk ke dalam rumah dan saling memeluk rakan-rakan lain.

Video tular yang berdurasi 26 saat itu telah ditonton sehingga mencecah hampir 970,000 kali tontonan, 8,200 tanda ‘suka’ dan 1,800 perkongsian setakat artikel ini ditulis.

“Peminat Arab Saudi ini begitu teruja dengan kemenangan menentang Argentina sehingga dia melemparkan pintunya,” kongsi laman Twitter tersebut.

Baca juga: Tewaskan Argentina, Arab Saudi Umum Cuti Peristiwa Hari Ini

Sumber: @ladbible | Twitter

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.