Manchester United mengesahkan bahawa pemain sensasinya, Cristiano Ronaldo bakal meninggalkan kelab itu berkuatkuasa serta-merta tidak lama lagi.
Berita penamatan kontrak Ronaldo itu disiarkan menerusi satu kenyataan di laman Twitter rasmi United awal pagi tadi.
“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuatkuasa serta-merta.
“Kelab berterima kasih kepadanya atas sumbangan besar dalam dua musim di Old Trafford yang telah merekodkan sebanyak 145 gol dalam 346 penampilan dan mendoakan kesejahteraan serta keluarganya pada masa depan.
“Semua pemain di Manchester United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan pasukan kendalian Erik Ten Hag dan bekerjasama untuk terus memberikan kejayaan,” maklum kenyataan itu.
Difahamkan bintang Portugal berusia 37 tahun itu bersetuju untuk menamatkan kontrak ekoran temu bualnya bersama Piers Morgan di mana dia mengkritik United dan pengurus kelab tersebut, Erik Ten Hag secara terbuka.
Cristiano Ronaldo is to leave Manchester United by mutual agreement, with immediate effect.
The club thanks him for his immense contribution across two spells at Old Trafford.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2022
Memang nak tinggalkan United, kritik pengurusan
Sementara itu menurut ESPN, Ronaldo memang ingin meninggalkan kelab tersebut dan United tidak perlu untuk membayarnya untuk keputusan sedemikian.
Malah, jika mengikut kontrak Ronaldo di Old Trafford, ia sepatutnya berakhir sehingga Jun tahun hadapan.
Namun, United membatalkannya lebih awal selepas penyerang itu memberitahu Morgan bahawa kelab tersebut mencapai ‘sifar kemajuan’ sejak Alex Ferguson keluar pada tahun 2013.
Kenyataan itu sekali gus menyifatkan bahawa dia tidak menghormati Ten Hag sebagai pengurus pasukan tersebut.
Dalam masa yang sama, Ronaldo berkata, “Berikutan perbualan dengan Manchester United, kami bersetuju untuk menamatkan kontrak lebih awal.
“Saya menyukai Manchester United dan saya sayangkan peminat dan itu tidak pernah berubah. Namun, rasanya kini masa yang sesuai untuk saya mencari pengalaman baharu.
“Saya mendoakan kejayaan pasukan untuk baki musim ini dan untuk masa depan,” katanya.
Tambah ESPN, Ronaldo bebas untuk menyertai mana-mana kelab lain selepas meninggalkan Old Trafford dan tidak perlu untuk menunggu ‘transfer window’ pada Januari nanti.
Malah, United juga mengakui untuk menyelesaikan situasi tersebut dengan cepat dan bersedia untuk mengeluarkan saman atas pelanggaran kontrak jika penamatan bersama tidak dapat dipersetujui.
Sementara itu, Ronaldo yang kini berada di Qatar untuk Piala Dunia, bersiap sedia untuk perlawanan pertamanya menentang Ghana pada Khamis ini.
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) November 22, 2022
Sumber: ESPN