Siakap Keli
Gambar via AP

WHO Namakan Semula Monkeypox Sebagai ‘MPOX’

WHO namakan semula Monkeypox sebagai ‘MPOX’

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merancang untuk menamakan semula wabak monkeypox sebagai “MPOX”, lapor Politico.

Keputusan itu dibuat berikutan perjanjian awal WHO pada musim panas lalu untuk mempertimbangkan cadangan nama baharu bagi monkeypox.

Selain itu, ia juga merupakan sebagai tindak balas kepada tekanan yang semakin meningkat daripada pegawai kanan Biden, yang secara peribadi telah menggesa pemimpin WHO untuk menukar nama tersebut.

Tindakan secara unilateral akan dibuat jika badan antarabangsa itu tidak bertindak dengan cepat.

WHO secara tradisinya merupakan badan yang bertindak sebagai penyelaras global dalam isu kesihatan awam, termasuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan antarabangsa.

Selain itu, badan tersebut boleh bertindak untuk mengesyorkan nama bagi penyakit yang digunakan oleh sesebuah negara individu.

Tetapi pentadbiran Biden selama berbulan-bulan bimbang bahawa nama virus itu akan menjadi stigma yang semakin mendalam. Terutamanya dalam kalangan rakyatnya yang ‘berbeza’ warna kulit.

“Dalam konteks wabak global semasa, rujukan berterusan dan penggunaan nama virus ini sebagai milik Afrika bukan sahaja tidak tepat tetapi juga mendiskriminasi dan mencemarkan,” tulis sekumpulan saintis dalam satu kenyataan bersama yang diterbitkan pada bulan Jun.

Virus yang bakal dikenali sebagai MPOX mula merebak dengan cepat di AS pada bulan Mei lalu dan menyebabkan pegawai kesihatan berjaga-jaga dan mendorong desakan segera seluruh negara bagi mengawalnya.

AS telah merekodkan hampir 30,000 jangkitan kes semasa wabak tersebut dan menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mereka berkata bahawa penyebaran wabak itu dipercayai berkait dengan komuniti lelaki yang melakukan hubungan sejenis.

Berikutan dengan desakan vaksinasi kerajaan, krisis awal wabak itu nampaknya telah mulai reda. Kes baharu dicatatkan menurun dengan mendadak daripada jumlah kes paras tertinggi lebih daripada 400 kes sehari sepanjang musim panas lalu.

Sumber: POLITICO

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka