Siakap Keli
Kredit: Bernama

GPS Terima Permohonan Maaf DAP Dengan Hati Terbuka – Abang Jo

GPS Terima Permohonan Maaf DAP Dengan Hati Terbuka – Abang Jo

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Haji Abdul Rahman Johari bin Abang Haji Openg mengatakan bahawa pihak parti tersebut telah menerima permohonan maaf daripada wakil Democratic Action Party (DAP).

Sebelum ini, dua wakil DAP, iaitu Anthony Loke dan Lim Guang Eng telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap GPS dan rakyat Sarawak.

Wakil dari DAP tersebut meminta maaf jika ada tindakan mereka sebelum ini yang telah menyinggung perasaan pemimpin GPS dan rakyat Sarawak.

Pada pukul 5.17 petang tadi, Abang Jo yang juga merangkap Premier Sarawak telah memnerima permohonan maaf DAP dengan hati terbuka.

Selain itu, Abang Jo turut menyatakan hasrat parti tersebut untuk menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Bagi soal lantikan kabinet persekutuan pula, GPS akan menyerahkan urusan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesepuluh baru-baru ini.

Sebentar tadi, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10 di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

BACA: Anthony Wakili DAP Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Kerajaan & Rakyat Sarawak

Sumber: Bernama via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma