Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri biasanya akan diberikan kepada komponen gabungan kerajaan yang terkuat.
Katanya lagi, memandangkan jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Pakatan Harapan, jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada gabungan terkuat yang lain. Dalam kerajaan perpaduan yang diketuainya, gabungan terkuat yang lain iaitu Barisan Nasional serta wakil daripada Sabah dan Sarawak.
Bagi wakil Sabah dan Sarawak katanya, Gabungan Parti Sarawak merupakan kompenan terkuat. Bagaimanapun katanya, soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri akan dibincangkan selepas ini.
”Perkara itu kita akan beri pertimbangan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya selaku Perdana Menteri Malaysia yang diadakan di Club House Sungai Long, Kajang.
Ikuti sekarang sidang media Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri @anwaribrahim .#PilihanMalaysia#PM10 https://t.co/NFz8SkF9zB
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 24, 2022
Sumber: Astro Awani