Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
tempoh jawatan pm
Gambar: Bernama TV
RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – PM Anwar

Athirah

RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – PM Anwar

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RUU itu antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini.

“Semua jawatan mempunyai had tempoh. KSN (Ketua Setiausaha Negara) pun tidak boleh menjawat lebih daripada sepuluh tahun, dan prinsip yang sama terpakai kepada semua. Sekiranya seseorang diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab, selepas itu adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, kita akan membentangkan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Pada Mac tahun lepas, Anwar semasa mempengerusikan mesyuarat Kabinet, mengarahkan agar cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dikaji secara teliti dan mendalam.

Beliau berkata cadangan itu melibatkan proses yang rumit dan memerlukan pertimbangan secukupnya kerana ia bakal memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, tiga lagi RUU yang akan dibentangkan pada tahun ini ialah pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penubuhan Ombudsman dan Kebebasan Maklumat (FOI).

Menurut Perdana Menteri, RUU pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menjadi perundangan pertama dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 19 Jan.

Selain itu, perundangan lain melibatkan RUU Ombudsman bermatlamat memberikan mandat lebih luas bagi memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara.

“Pada masa sama, RUU yang akan dibentangkan ialah berkaitan Kebebasan Maklumat (FOI). Saya beri jaminan, soal keselamatan negara dan risikan tentunya memerlukan pengecualian.

“Namun, bagi perkara lain seperti tender projek dan pencegahan penyalahgunaan kuasa, RUU Kebebasan Maklumat akan dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sesi ini atau sesi akan datang, dan dijangka diluluskan tahun ini juga,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan dengan mandat lebih luas bagi memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara.

Keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Negara (JKKTN) 2025 yang dipengerusikan Anwar pada 8 Dis lepas.

BACA: MINDEF Pandang Serius, Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem Tentera

Sumber: Bernama