Siakap Keli
Kredit BERNAMA

PRU15: Persiapan Terakhir Petugas SPR Bagi DUN Tioman & Parlimen Padang Serai

PRU15: Persiapan terakhir petugas SPR bagi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melakukan persiapan akhir bagi proses penamaan calon DUN Tioman di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang pagi ini.

Terdahulu, PRU15 di DUN itu telah ditangguh susulan daripada kematian calon yang bakal bertanding, Md Yunus Ramli (PN) pada 19 November lalu.

Selain di Dun Tioman, SPR juga pada hari ini sedang melakukan persiapan akhir bagi PRU15 Parlimen Padang Serai di Pusat Penamaan Calon Dewan Kompleks Sukan Hi-Tech, Kulim, Kedah.

PRU15 di Parlimen itu ditangguh susulan kematian calon yang bertanding iaitu M. Karupaiya dari PH.

Negara kita juga sehingga hari ini masih lagi menunggu berita pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 berikutan tiada parti yang memperolehi majoriti mudah.

Pada hari ini juga dilaporkan Mesyuarat Raja-Raja Melayu di Istana Negara bakal diadakan bagi membuat keputusan pemilihan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia yang terbaru.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.