Siakap Keli
Sumber: Getty Images

Stephanie Frappart Cipta Sejarah, Jadi Pengadil Wanita Pertama Di Piala Dunia

Stephanie Frappart Cipta Sejarah, Jadi Pengadil Wanita Pertama Di Piala Dunia

Temasya Piala Dunia 2022 di Qatar sekali lagi mencipta sejarah apabila buat pertama kali di sepanjang sejarah penganjurannya, pengadil wanita tampil sebagai salah seorang daripada pengadil perlawanan.

Stephanie Frappart, pengadil dari Perancis itu turun sebagai pengadil keempat dalam perlawanan Kumpulan C dua hari lepas yang mempertemukan Mexico dengan Poland.

Frappart merupakan salah seorang daripada tiga pengadil wanita yang dipilih sebagai pengadil untuk Piala Dunia edisi kali ini. Dua lagi pengadil wanita tersebut adalah Yamashita Yomishi dari Jepun dan Salima Mukansanga dari Rwanda.

Kredit: AFC Champions League

Selain tampil sebagai pengadil wanita pertama di Piala Dunia, beliau juga pernah menjadi wanita pertama yang mengadili perlawanan Liga Juara-Juara lelaki pada 2020 ketika Juventus turun menentang Dynamo Kyiv.

Frappart juga pernah mengendalikan perlawanan dalam Ligue 1, Liga Europa, kelayakan Piala Dunia lelaki dan final Piala Super UEFA antara Chelsea dan Liverpool pada 2019.

Piala Dunia kali ini menyaksikan beberapa kejutan berlaku apabila pasukan yang diramal sebagai salah satu calon juara, Argentina tewas mengejut kepada pasukan Asia, Arab Saudi dua hari lepas. Manakala semalam, giliran Juara Empat Kali Piala Dunia, Jerman pula dikejutkan oleh satu lagi pasukan Asia, Jepun. Kedua-dua perlawanan berkesudahan dengan jaringan 2-1.

BACA: Selesai Angkat Sumpah, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sah Jadi Perdana Menteri Ke-10

Sumber: ESPN, REUTERS

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.