Siakap Keli

Selesai Angkat Sumpah, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sah Jadi Perdana Menteri Ke-10

Selesai Angkat sumpah, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sah Jadi Perdana Menteri Ke-10

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah dan sah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sebentar tadi.

Majlis Istiadat dan Angkat Sumpah Perdana Menteri itu diadakan di Istana Negara di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Untuk makluman, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri telah berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 5.07 petang tadi. Majlis berkenaan disiarkan secara langsung melalui RTM dan BERNAMA.

Bukan itu sahaja, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menyaksikan istiadat berkenaan di samping DYMM Yang Dipertuan Agong.

Turut hadir, isteri beliau, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, yang juga merupakan bekas timbalan Perdana Menteri ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan sebelum ini.

Dengan berlangsung majlis angkat sumpah tadi, maka berakhirlah kemelut politik yang melanda tanah air selepas PRU-15 apabila menyaksikan tiada satupun gabungan parti politik yang bertanding berjaya memperolehi majoriti mudah, 112 kerusi daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan berjaya menjadi gabungan parti politik yang berjaya memenangi kerusi terbanyak dengan 82 kerusi.

Sebelum ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan pembubaran Parlimen yang ke-14 pada 10 Oktober lalu. Pembubaran tersebut bagi membolehkan PRU-15 dapat diadakakan.

BACA: Anwar Perlu Buktikan Beliau Ada Sokongan Majoriti – Muhyiddin

Sumber: Siaran Langsung BERNAMA

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma