Siakap Keli
Anwar Perlu Buktikan Beliau Ada Sokongan Majoriti
Gambar: Live ,Malaysia Gazatte

Anwar Perlu Buktikan Beliau Ada Sokongan Majoriti – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan selepas diumumkan menjadi Perdana Menteri ke-10.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau menjelaskan bahawa mempunyai sejumlah 115 jumlah kerusi parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan

“Demi keyakinan rakyat atas keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022 iaitu dengan mengemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti ahli-ahli dewan rakyat,” katanya.

Jelas Muhyiddin, kenyataan yang dibuat tidak mempunyai hubung kait dengan pembentukan kerajaan perpaduan sebaliknya memberi respon kepada kenyataan Istana Negara berhubung lantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sewaktu disoal, beliau menjelaskan bahawa berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana negara.

“Saya cuma berpegang kepada kenyataan Istana Negara, dalam kenyataan Istana Negara itu saya baca berkali-kali ia tiada kait soal pembentukan kerajaan perpaduan.

“Dia kata melantik Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media petang ini.

Tambahnya lagi, pada 21 November jam 1.28 petang, beliau telah memasuki Istana Negara sebelum jam 2 petang mengikut Speaker Dewan Rakyat.

“Diwaktu kita bentangkan itu dan diabsah, diterima oleh Istana Negara pada hari yang sama, saya telah dapat membuktikan saya mempunyai sejumlah ahli-ahli dewan rakyat yang menyokong saya 114.

“Dan selepas itu ditambah lagi satu kerana Baram bila mana SPR mengumumkan keputusan kita menang kita tambah satu lagi. Jadi akhirnya jumlahnya adalah 115,” katanya.

Jelasnya, keputusan sokongan itu mestilah disertakan sekali surat akuan bersumpah (SD) mengikut arahan Speaker Dewan Rakyat.

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin

BACA: Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun

BACA JUGA: Jangan Tak Tahu, Ini 6 Hak Yang Wanita Boleh Tuntut Kalau Menetap Di Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?