Siakap Keli
ini 6 hak yang wanita boleh tuntut

Jangan Tak Tahu, Ini 6 Hak Yang Wanita Boleh Tuntut Kalau Menetap Di Malaysia

Jangan Tak Tahu, Ini 6 Hak Yang Wanita Boleh Tuntut Kalau Menetap Di Malaysia

Kadang kala realiti dalam hidup ini sangat pahit untuk ditelan terutama apabila bertubi-tubi ujian datang menimpa. Setiap orang juga pastinya tidak akan terlepas dengan pelbagai masalah yang kadang kala boleh membuatkan diri tersungkur dan tidak berdaya untuk bangun semula.

Tambahan pula bila tiada orang di sisi yang memahami dan sanggup membantu meringankan beban masalah. Malah lebih merisaukan, ada yang menghadapi tekanan melampau disebabkan hal tersebut.

Sama dengan apa yang dialami oleh kebanyakan wanita pada masa kini. Seiring dengan perkembangan dunia, wanita berdepan dengan pelbagai cabaran yang pastinya sangat sukar untuk digambarkan. Lebih-lebih lagi bagi golongan ibu dan ibu tunggal.

Bila bercakap mengenainya, mahu tak mahu soal hak wanita juga perlu ditekankan.

Gambar: Bernama

Dalam tempoh-tempoh yang sukar seperti apabila berlaku perceraian atau gangguan seksual, wanita kebiasaannya akan terjerumus ke dalam kancah permasalahan yang tidak berpenghujung.

Selain perlu menghadapi tohmahan dan tekanan daripada orang sekeliling atau masyarakat, mereka juga perlu gigih berusaha agar dapat memastikan segala hak dapat ditegakkan.

Belum lagi diceritakan mengenai golongan ibu atau ibu tunggal, jika hendak dibentangkan semua keraguan, luahan dan rasa sakit hati yang dirasai mereka, pasti tidak cukup untuk ditulis di ruangan ini.

Bagaimanapun, wanita-wanita sebenarnya perlu tahu bahawa hak mereka untuk menjalani hidup yang lebih baik tidak dipinggirkan. Percayalah bahawa anda didengari dan sememangnya akan ada yang sudi membantu.

Bagi yang belum tahu, terdapat enam hak yang boleh ditegakkan oleh wanita di negara ini dan sudah tentulah ia merangkumi pelbagai jenis isu atau permasalahan yang dihadapi wanita selama ini.

Apa enam hak itu?

Untuk pengetahuan, kesemua hak-hak ini menjadi komitmen di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut enam hak yang boleh ditegakkan oleh wanita.

1. Penubuhan Majlis Wanita Negara

Di bawah penubuhan Majlis Wanita Negara, golongan wanita akan mendapat manfaat menerusi setiap perancangan dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan wanita di setiap peringkat antara pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk pihak swasta dan individu dalam kalangan pemimpin komuniti serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

2. Pewujudan Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual

Menjadi komitmen utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rang Undang-Undang ini digubal bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai perlakuan gangguan seksual serta menghapuskan budaya menormalisasikan gangguan seksual sebagai gurauan atau perkara biasa ke arah persekitaran yang sihat, selamat dan mampan.

Menerusi Rang Undang-Undang ini, satu tribunal ditubuhkan bagi menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual.

Bagaimanapun, tribunal tersebut mempunyai kuasa untuk menolak aduan yang tidak munasabah dan jika aduan tersebut adalah satu fitnah, kes akan terus difailkan secara berasingan di Mahkamah Sivil.

3. Pemantapan Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah

Menerusi pemerkasaan Institusi Hakam, segala proses dan pengursan kes perceraian dalam perkahwinan Islam akan dipercepatkan.

4. Memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Akta ini dilaksanakan untuk menjaga kebajikan golongan isteri atau wanita yang terlibat dalam tuntutan wang ringgit di mahkamah dengan membenarkan akaun bank suami dibekukan atau potongan terus dibuat melalui akaun bank suami dibekukan atau potongan terus dibuat melalui akaun bank suami menerusi kaedah Hiwalah.

5. Sambutan Hari Wanita Wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun di peringkat Persekutuan dan negeri

Sambutan ini akan dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun untuk mengiktiraf dan meraikan peranan wanita.

6. Kebenaran Bekerja Dari Rumah (BDR)

Bagi wanita yang kematian suami, anda dibenarkan untuk Bekerja Dari rumah bagi menyelesaikan urusan keluarga, anak-anak dan peninggalan suami.

Semua enam hak yang dinyatakan di atas itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Mac lalu.

Menariknya, beliau juga memaklumkan bahawa akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam. Ia penting bagi meningkatkan penglibatan wanita yang layak dalam bidang kepimpinan serta mengiktiraf peranan wanita dalam proses membuat keputusan.

Kesemua inisiatif tersebut menjadi bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam memastikan potensi wanita diupayakan sepenuhnya dan dimanfaatkan di dalam setiap aspek pembangunan negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hak-hak yang dinyatakan di atas, anda boleh melayari laman web INI.

Sofea

There's always another side to every story