Siakap Keli
Kredit: CHS/AFP

Bekas Ahli Kumpulan “Mix K-Pop” EXO, ‘Oppa’ Kris Wu Dipenjara 13 Tahun

Bekas Ahli Kumpulan “Mix K-Pop” EXO, ‘Oppa’ Kris Wu Dipenjara 13 Tahun

Bekas ahli kumpulan campuran China-Korea Selatan, EXO, Kris Wu dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Beijing pada Jumaat.

Bintang berdarah campuran Cina-Kanada itu didapati bersalah dalam kes rogolnya dan diarah menjalani hukuman penjara selama 13 tahun. Dia kemudian akan dibuang negeri selepas selesai menjalani hukuman di China.

Menurut rekod kes, diantara November hingga Disember 2020, Wu didakwa memaksa tiga orang wanita yang dalam keadaan mabuk melakukan hubungan seks tanpa kerelaan di kediamannya.

Wu juga didakwa berkerjasama dengan beberapa individu lain bagi menyediakan dua wanita terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas mabuk di kediamannya pada Julai 2018.

Mahkamah berkata, perbuatan yang dilakukannya layak diberikan hukuman dan keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan. Pegawai-pegawai dari Kedutaan Kanada di China turut menghadiri sesi pembicaraan tersebut.

Bintang yang mempunyai seramai 50 juta pengikut di Weibo itu ditahan pihak berkuasa pada 31 Julai 2021 atas kesalahan memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks.

Polis tidak lama kemudian memulakan siasatan terhadap Wu atas kesalahan rogol. Kes berkenaan menjadi lebih panas apabila seorang pengguna media sosial memuat naik satu kenyataan di atas talian yang mendakwa bahawa Wu memperdaya wanita dan gadis muda dibawah usia 18 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya dengan memberi alasan untuk tujuan rekrut pelakon. Pengguna media sosial itu turut mengaku dia adalah salah seorang mangsanya.

Berikutan pendedahan tersebut, banyak jenama terkemuka dunia memutuskan hubungan dengan Wu dan acara-acara melibatkan kehadirannya turut dibatal.

BACA: Peminat K-Pop Berkumpul Depan Balai Polis, Pasang Lilin Tanda Solidariti Untuk ‘Oppa’ Bekas Ahli Kumpulan EXO Ini

Sumber: China Daily

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.