Siakap Keli

Peminat K-Pop Berkumpul Depan Balai Polis, Pasang Lilin Tanda Solidariti Untuk ‘Oppa’ Bekas Ahli Kumpulan EXO Ini

Penyanyi dan pelakon popular China, Kris Wu, kini menghadapi pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap gadis bawah umur.

Dia telah ditangkap oleh polis Beijing pada 31 Julai yang lalu.

Kris yang juga merupakan bekas ahli kumpulan K-pop, EXO, ditangkap selepas satu pendedahan yang dibuat oleh seorang influencer dalam media sosial bulan lalu.

Susulan pendedahan itu, sekurang-kurangnya 24 orang gadis muda  turut tampil mendakwa menjadi mangsa, dengan ada di antara mereka merupakan peminat kepada penyanyi itu.

Penangkapannya itu benar-benar mengejutkan orang ramai terutama bagi peminat fanatiknya.

Malah, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sekumpulan individu yang didakwa peminat kepada penyanyi itu sedang berkumpul di hadapan balai polis.

Menurut laporan Kbizoom, mereka berkumpul di depan balai polis Daerah Chaoyang, Beijing untuk memberikan sokongan kepada Kris.

Video yang dimuatnaik di laman sosial Weibo dan Twitter itu juga memperlihatkan mereka semua menyanyi sambil dikawal oleh beberapa orang anggota polis.

Tindakan mereka itu ternyata mendapat kritikan netizen di China dan mereka dianggap terlalu obses dengan idol mereka sehingga sanggup memberikan sokongan walaupun telah melakukan jenayah besar.

Sumber: Kbizoom, Today Online

Sofea

There's always another side to every story