Siakap Keli
Gambar via Instagram

Gadis Ini Kahwini Jejaka Korea, Ramai Peminat K-Pop Di Indonesia Minta Tips

Kalau dah jodoh tak ke mana. Walau macam mana jauh berbeza benua pun, kalau dah ketentuan ilahi pasti akan bersatu juga. Begitulah kisah percintaan dua merpati sejoli berbeza negara ini.

Julia Prastini, 21, merupakan seorang influencer berdarah Tionghoa asal Indonesia yang mempunyai pengikut sebanyak 170 ribu di Instagram, manakala suaminya adalah lelaki mualaf asal Korea Selatan.

Kedua-duanya sah bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan di Cikarang, Indonesia semalam.

Tak hanya Julia, suaminya Na Dae Hoon, 27, juga merupakan seorang content creator yang cukup dikenali terutamanya di rantau Asia.

Dae Hoon yang sebelumnya berprofesion sebagai chef, kini telah beralih kerjaya sebagai seorang Youtuber dan turut menghasilkan pelbagai content yang dimuatnaik di akaun TikToknya.

Salah satu video TikTok Dae Hoon yang mendapat sorotan warga net tak lain tak bukan video perkahwinannya. Video tersebut mendapat 10.8 juta tontonan di TikTok setakat ini.

@aadaehoon

@wulan.lee 님에게 회신 iya sama @juletrulala

♬ Fire On Fire – From “Watership Down” – Sam Smith

“Impian para K-Poppers

Menjengah ke ruangan komen, warga net rata-rata mengucapkan tahniah atas hari bahagia pasangan tersebut. Tak kurang juga peminat Dae Hoon yang ‘patah hati’ sebab ‘oppa’ mereka kini dah bergelar suami orang.

Malah ada juga komen-komen mencuit hati para K-Poppers yang rasakan mereka ada ‘harapan’ merebut hati para idol K-Pop kesukaan mereka.

Sumber: Tribunnews

 

Eyla Azri