Siakap Keli
bursa malaysia
Gambar: BERNAMA

Rendah Berbanding Semalam, Bursa Malaysia Jatuh Semula Dibawah Paras 1,500 Mata Hari Ini

Bursa Saham Malaysia hari ini dilapor jatuh semula dibawah paras 1,500 mata selepas mengakhiri dagangan dengan prestasi sebaliknya berbanding peningkatan yang ditunjukkan semalam.

Indeks petunjuk utama susut ke paras psikologi 1,500 mata akibat aktiviti pengambilan untung dan faktor luaran yang lemah.

FBM KLCI semalam meningkat sebanyak 4.04 peratus, sebahagiannya didorong oleh pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pada pukul 5 petang hari ini, indeks berkenaan jatuh sebanyak 15.34 mata atau 1.02 peratus untuk berakhir pada 1,486.55, daripada 1,501.88 yang dicatatkan pada Khamis.

Indeks dibuka dengan 0.18 mata lebih rendah pada 1,501.7 mata dan mencapai paras tertinggi harian pada 1,504.16 mata sebelum menyusut semula kepada paras terendah 1,481.38 mata.

Selain itu, kaunter rugi juga mengatasi kunter untung dengan 630 berbanding 346, manakala 361 lagi tidak berubah, 926 tidak didagangkan dan 15 lagi digantung.

Jumlah dagangan pasaran pula dilapor menguncup kepada 4.41 bilion unit atau RM 2.75 bilion berbanding 6.87 bilion atau RM 4.19 bilion semalam.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.