Siakap Keli
Kredit: Instagram

Gara-gara Tekan Pautan Di Twitter, Sofyank Dedah Akaun Youtubenya Lebih 545k “Subcribers” Digodam

Akaun Youtuber milik pempengaruh media sosial terkenal, Softyank dilapor telah digodam sekitar jam 5 pagi tadi. Kejadian tersebut dikongsikan sendiri oleh pempengaruh itu melalui laman twitternya sebentar tadi.

Bercerita lebih lanjut, Softyank atau Muhammad Sofian bin Abdullah, 26, berkata semua bermula apabila dia melayari laman twitter dan menemui satu pautan video sebelum menekannya.

Kredit: Twitter

Apabila dia menekan pautan berkenaan, secara tiba-tiba dia dibawa keluar daripada aplikasi Twitter dan terus ke aplikasi Youtube.

Rasa janggal ketika ingin membuka aplikasi Youtube seperti biasa

Kata Sofyank lagi, terdapat sedikit keanehan yang berlaku apabila secara tiba-tiba muncul pop up daripada aplikasi Youtube yang berbunyi  “You’re using Youtube Sign Out“.

Ketika itu, rasa sangsi mula menguasai diri Sofyank kerana dia sama sekali tidak pernah mendaftar keluar daripada aplikasi tersebut. Dia kemudiannya membuka aplikasi Gmail dan sangkaan Sofyank tepat apabila dia dapati akaun Gmailnya turut terdaftar keluar.

Sofyank cuba untuk mendaftar masuk ke akaun Gmailnya dengan menaipkan e-mel dan kata laluannya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila masuk satu notifikasi yang memaklumkan bahawa “Your password has changed 3 hours ago” .

Bagi mendapatkan kembali akaun tersebut, Softyank cuba menggunakan email recovery, dan mendapati ada lima kiriman emel daripada Google yang memaklumkan mengenai amaran keselamatan.

Kredit: Twitter

Dengan erti kata lain, ada orang lain yang cuba untuk mendaftar masuk ke e-mel Sofyank. Insiden cubaan daftar masuk ini dipercayai berlaku sekitar 5.oo pagi.

Ketika itu, Sofyank masih tidak menyedari bahawa dirinya telah digodam dan cuba untuk mendaftar masuk ke akaunnya dengan menggunakan peranti lain, iaitu komputer ribanya. Seperti sebelum ini, cubaan dengan menggunakan komputer ribanya juga turut tidak membuahkan hasil.

Seterusnya, Sofyank cuba untuk menekan pilihan “Forgot password” dan berharap menerima emel menerusi email recovery miliknya untuk urusan penukaran kata laluan.

Namun, Google hanya meminta dirinya untuk memberikan 8 digit kod sandaran dan Sofyank sendiri sememangnya tidak mengetahui apakah kod tersebut.

Kredit: Twitter

Dia kemudiannya memuat naik kejadian tersebut di media sosial bagi mendapatkan bantuan individu-individu yang lebih arif berkenaan perkara berkenaan.

Menurut Softyank, penggodam telah menukar semua recovery option yang ditetapkan sebelum ini seperti kata laluan, nombor telefon dan juga email recovery.

Cubaan untuk daftar masuk sekali lagi selepas mendapat bantuan daripada yang arif

Sementara menunggu, Sofyank cuba untuk membuka email recovery menerusi telefon pintarnya dan membuka email yang diperolehi menerusi Google Security Alert dan menekan Check Activity. Kemudian,  Softyank diarahkan kepada laman log masuk. Kali ini, Softyank mencuba sekali untuk menukar kata laluan menggunakan tetapan Forgot Password.

Cubaan kali ini membuahkan hasil apabila terdapat sebuah pop up “an email with code has been sent to m**********” iaitu email recovery miliknya.

Kredit: Twitter

Sofyank terus membuka e-mel tersebut menerusi komputer ribanya dan memasukkan kod keselamatan yang dihantar oleh Google sebentar tadi. Akhirnya, dia dapat mengakses akaun Gmailnya dan terus menukarkan semua kata laluan bagi e-melnya.

Setelah mendapatkan akaunnya kembali, Sofyank melihat senarai aktiviti yang berlaku pada akaunnya dan ia menunjukkan bahawa pengodam telah menukarkan recovery e-mail kepunyaan Sofyank kepada e-mel mereka.

Kredit: Twitter

Bukan itu sahaja, pihak penggodam turut membuang recovery phone number pada akaun Google  Sofyank. Ini merupakan satu perkara yang menghairankan kerana beliau sudah pun mengaktifkan Two Factors Authentication (2FA). Namun ia tidak dapat menghalang akaun Google Sofyank daripada digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Sofyank, tujuannya membuat bebenang tersebut adalah untuk untuk menceritakan kejadian pagi tadi dan bagaimana akaun Gmailnya diambil alih oleh penggodam.

Penggiat kandungan asal Youtube tersebut menzahirkan rasa syukur kerana pihak penggodam tidak sempat untuk melakukan apa-apa kerosakkan pada kandungan Youtube miliknya seperti memadam videonya atau memuat naik video-video yang mengarut, yang mana mampu menjejaskan namanya.

“Terima kasih kepada semua yang membantu dan bagi suggestion kat saya pagi tadi. Saya hargai sangat-sangat”

Sofyank juga berterima kasih dan menghargai kepada semua pihak yang membantu dan memberikan cadangan untuk menyelesaikan kemulut yang dialaminya pada pagi tadi.

Sumber: Sofyank96 via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma