Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan media mengumumkan pendirian mereka mengenai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibentuk hasil gabungan beberapa komponen antaranya Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan lain-lain.
Dalam kenyataan tersebut, PAS mengambil keputusan untuk tidak menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan DAP setelah membuat pertimbangan dan melihat dari pelbagai perspektif serta meneliti persepsi umum.
Keputusan yang diambil ini merupakan tindakan perti tersebut untuk menghormati kepercayaan dan amanah daripada kebanyakan penyokong PAS dan PN pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15).
“PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” kata Setiusaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.
1, PAS tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan DAP, demi menghormati kepercayaan pengundi yang telah memilih PAS dan Perikatan Nasional dalam PRU-15.
2, PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif
–@takiyuddin61 pic.twitter.com/HdG9regk3e
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 26, 2022
Sebelum ini, PAS bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan GERAKAN telah membentuk sebuah gabungan parti politik sebagai Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam PRU15. Dalam PRU15, PN telah berjaya meraih jumlah kerusi kedua terbanyak, iaitu 73 kerusi parlimen
Selepas DSAI dipilih sebagai Perdana Menteri Ke-10, parti tersebut akur dan menerima keputusan yang dibuat oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong berkenaan pemilihan kepimpinan negara pasca PRU15.
Sumber: Bernama via Twitter