Siakap Keli
Kredit New York Post

Sangat Jarang Terjadi, Bayi Perempuan Dilahirkan Dengan “Ekor” Sepanjang 5.7cm

Bayi perempuan dilahirkan normal namun mempunyai ekor sepanjang dua inci

Seorang bayi perempuan di Mexico dilahirkan dalam keadaan normal namun mempunyai ekor sepanjang dua inci di bahagian punggungnya, lapor New York Post.

Bayi perempuan tersebut dilahirkan memlalui pembedahan caesar di sebuah hospital luar bandar di timur laut Mexico. Menurut doktor, pemeriksaan awal mendapati ekor berkenaan sepanjang 5.7 sentimeter dan dilitupi dengan bulu halus.

Bayi itu dilaporkan menangis sewaktu doktor mencucuk ketumbuhan itu dengan menggunakan jarum.

Selepas imbasan x-ray dilakukan ketumbuhan ekor itu tidak menunjukkan bukti anomali atau mempunyai struktur tulang di dalamnya.

“Kewujudan ekor pada manusia sangat jarang berlaku,” tulis seorang penulis dalam laporan kes yang diterbitkan dalam Journal of Pediatric Surgery.

Menurut kajian itu lagi, kewujudan protuberan itu amat pelik kerana bayi tersebut dilahirkan daripada “ibu bapa yang sihat pada usia lewat 20-an” dan tidak mempunyai sejarah pendedahan kepada radiasi atau jangkitan dalam rahim.

Penemuan itu juga menunjukkan bahawa protrusi posterior bukanlah ekor vestgial seperti dalam kebanyakan 195 kes yang jarang didokumenkan dalam kajian kes dari AS, England, Perancis, Jepun, Itali dan Jerman.

Walaupun mempunyai ekor, bayi itu dilaporkan sihat sepenuhnya. Doktor juga mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah jantung atau pendengaran, kecacatan saluran kencing, anomali serebrum atau kecacatan pada tulang belakang.

Pakar perubatan akan menilai semula keadaan bayi selepas dua bulan, dan mereka mendapati pertumbuhan dan berat badannya adalah normal bagi usia bayi tersebut. Dalam tempoh itu juga, ekor bayi itu juga telah tumbuh 0.8 sentimeter panjang.

Kredit Jam Press

Selepas pemeriksaan menunjukkan bahawa ianya bebas daripada lesi kulit, pakar bedah memutuskan untuk memotongnya dan merawat semula kawasan itu melalui Limberg plastik, iaitu satu prosedur yang memindahkan tisu dari punggung pesakit sendiri.

Pembedahan bayi itu dikatakan telah berjalan dengan lancar dan bayi kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital bagi menjalani kehidupan normal tanpa ekor.

Sumber: New York Post

Syed Faisal Sayed Muhammad