Siakap Keli
mangsa lemas sempat minta tolong
Gambar: BERNAMA

Mangsa Sempat Minta Tolong, Terkapai-Kapai Sebelum Lemas

SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) — Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan lemas di sungai berhampiran Pandamaran Jaya, Klang, tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.34 pagi daripada seorang individu  yang memberitahu ternampak seorang lelaki terkapai-kapai meminta tolong sebelum tenggelam di sungai berkenaan.

Beliau berkata sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) kemudian melakukan selaman di dasar sungai dan berjaya menemukan mangsa.

“Mangsa dibawa ke darat sebelum pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi mengesahkannya sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Norazam berkata pihak polis juga tidak menjumpai sebarang identiti pada mangsa.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana