Siakap Keli
Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes
Gambar: Twitter Philip Róin

Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan

Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan

XINJIANG — Ratusan orang awam termasuk sekitar 100 pelajar melakukan protes terhadap dasar lockdown COVID-19 yang dilakukan oleh pemimpin negara itu, Xi Jinping.

Ia juga susulan daripada insiden yang mencetuskan kebakaran di sebuah pangsapuri di Urumqi, China, lapor BBC News.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak cuba memecahkan benteng yang dibina oleh pegawai polis sambil menyuarakan protes mereka.

Dalam satu rakaman yang dikongsikan memaparkan kumpulan penunjuk perasaan itu berkumpul di hadapan pegawai bertugas dan melaungkan ketidakpuasan hati mereka.

Gambar: Twitter Philip Róin

Susulan kejadian itu, berita tersebut tular di media sosial dan mendapat liputan media, merek turut mendakwa bahawa usaha untuk memadam kebakaran bangunan itu dihalang oleh sekatan COVID.

Maklum BBC, seorang penduduk menjelaskan bahawa sebahagian orang yang tinggal di kawasan kebakaran berkenaan dihalang daripada meninggalkan kediaman mereka.

Namun, perkara itu dinafikan oleh pihak berkuasa tempatan dalam kejadian yang berlaku pada khamis lalu.

Tambah pihak itu, kereta yang diletakkan di sekitar kawasan itu menghalang akses anggota bomba ke bangunan terbakar.

Gambar: Twitter Philip Róin

Pihak berkuasa Urumqi pada Jumaat lalu telah mengeluarkan kenyataan berhubung permohonan maaf dalam kejadian yang berlaku dan berjanji akan menghukum mana-mana pegawai yang tidak menjalankan tugas.

Bagaimanapun, mereka mengumumkan akan melonggarkan sekatan COVID-19 secara berperingkat berikutan kawasan berkenaan yang dikategorikan sebagai berisiko rendah pada sidang akhbar semalam.

Protes berkenaan turut dilaporkan berlaku di kawasan bandar Xi’an, Chongqing dan Nanjing yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti.

“Kepercayaan yang diberikan kami kepada pihak kerajaan semakin pudar. Kehidupan, keselamatan dan hak asas rakyat tidak dipedulikan mereka,” kata salah seorang di laman Weibo.

Untuk makluman,  pihak berkuasa tempatan telah membina sekatan di sekitar ibu kota wilayah Xinjiang barat itu sejak awal Ogos lalu.

Kes jangkitan COVID-19 di negara itu dilaporkan mencecah pada paras tertinggi dan ia dilihat sukar untuk pelaksanaan dasar Sifar-COVID.

Terdahulu, berlaku satu kebakaran di sebuah blok pangsapuri Urumqi yang menyebabkan 10 orang maut dan 9 orang tercedera pada Khamis lalu akibat masalah penyambungan elektrik.

Sumber: BBC News, CNN News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?