Siakap Keli
anwar tolak kereta mewah
Gambar: FB Anwar Ibrahim

‘Tolak Kereta Mercedes, Guna Apa Saja Sedia Ada’ – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah sebagai pengangkutan utama untuknya bergerak atas urusan rasmi.

Sebaliknya beliau berkata, dirinya hanya akan memilih untuk guna aset-aset kerajaan sedia ada seperti yang sudah disediakan sahaja.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya  saya telah membuat kepuutsan untuk menggunakan apa sahaja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0JKu5JWVB5htA775azFoDhGbnYgxDYdrpJkCRAaiFVhbcgageq2V1NJtC6NxHd5bMl

Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.