Pemilik kelab Manchester United (MU), Glazer Family menyatakan kesanggupannya untuk menjual kelab Liga Perdana itu kepada pemilik baharu, lapor Sportbible baru-baru ini.
Menurut Arabian Business, pelabur dari Dubai mungkin menjadi salah satu pihak yang berminat untuk membeli MU.
Dalam kenyataan yang sama, pelabur Dubai tersebut menyatakan akan melabur sebanyak RM47.8 bilion (£8.8 bilion) untuk kelab tersebut sekali gus menjadi angka terbesar yang pernah dibayar untuk pasukan bola dengan jarak jauh.
Walaupun tawaran tersebut seperti tidak ‘mungkin’ berlaku ke atas kelab itu, tetapi pelabur Dubai telah berulang kali dikaitkan untuk pembelian kelab tersebut.
Sebelum ini, ada beberapa laporan yang dikeluarkan yang mendakwa dana kekayaan dari Dubai akan menjadi pembida kepada United jika kelab tersebut tersedia untuk dijual.
Malah, menurut Sportbible, Glazer hanya menjual Manchester United untuk mana-mana pihak yang berminat pada antara harga RM27.1 billion (£5billion) hingga RM48.9 billion (£9billion).

‘pertimbangkan untuk menjual kelab itu kerana mereka “meneroka alternatif strategik”
Menurut Sportbible, Glazer berkata, mereka sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab itu kerana ingin “meneroka alternatif strategik”. Sebelum ini, Glazer Family telah membeli kelab tersebut dengan harga RM4.2 billion (£790 juta) pada tahun 2005.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman twitter @UnitedStandMUFC mengatakan akan mempertimbangkan semua alternatif strategik, termasuk pelaburan baharu ke dalam kelab, penjualan atau transaksi lain yang melibatkan syarikat.
Tambah kenyataan itu lagi, proses tersebut termasuk penilaian inisiatif untuk mengukuhkan kelab, pembangunan semula stadium dan infrastruktur dan pengembangan operasi komersial kelab pada skala global.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kejayaan jangka panjang kelab lelaki, wanita dan pasukan akademi serta membawa manfaat kepada peminat dan pihak lain yang berkepentingan.
Official: As part of this process, the Board will consider all strategic alternatives, including new investment into the club, a sale, or other transactions involving the Company. [mu]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) November 22, 2022
Sumber: Sportbible