Siakap Keli
mohd hashim mustapha meningggal dunia
Gambar: Sinar Harian

Legenda Bola Sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha Meninggal Dunia

Bekas pemain legenda bola sepak Kelantan Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.25 malam tadi pada usia 57 tahun, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, beliau meninggal dunia di sisi keluarganya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Urusan pengkebumian akan dilakukan pada esok (Rabu), ” kata menantunya Mohd Nizab Ayub, memetik Sinar Harian.

Mohd Nizab berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan, Mohd Hashim yang juga merupakan bekas penyerang terbilang Kelantan mempunyai penyakit kencing manis dan terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi penyakitnya itu.

Perkara itu turut dikongsikan oleh menantunya Nizab yang juga pernah bermain untuk Kelantan FC sebelum ini.

Imbas kembali, Hashim pernah merangkul Anugerah Kasut Emas semasa beraksi untuk Kelantan ketika era Dunhill Liga Perdana 1994 satu ketika dahulu.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana