Siakap Keli
eco majestic semenyih dinaiki air
Kredit: FB Niena Samsir

Banjir Kilat Landa Semenyih, Penduduk Dakwa Perumahan Eco Majestic Dinaiki Air

Banjir Kilat Landa Semenyih, Penduduk Dakwa Perumahan Eco Majestic Dinaiki Air

Banjir kilat dilapor melanda beberapa kawasan di sekitar Kajang ekoran hujan lebat yang berterusan pada petang ini hingga beberapa kawasan perumahan ditenggalami air.

Kebiasannya fenomena banjir akan berlaku di kawasan-kawasan tertentu yang mungkin pernah mengalaminya sebelum ini, namun kali ini ia dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan ‘bernilai tinggi’.

Menerusi perkongsian Niena Samsir di Facebook, kawasan perumahan Eco Majestic di Semenyih yang didudukinya didakwa dinaiki air hingga dipercayai mencetuskan suasana panik segelintir penduduk.

Malah apa yang lebih mengejutkan, banjir di kawasan itu dikatakan baru pertama kali berlaku selepas beberapa tahun dia menetap di situ.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

“Jiran update dalam group WhatsApp, banyak kawasan di Eco Majestic banjir.

“Selama empat tahun lebih saya dekat Semenyih ini, baru pertama kali nampak rumah di Eco Majestic banjir,” katanya menerusi kapsyen hantaran Facebook itu tadi.

Dalam hantaran tersebut, Niena turut memuat naik beberapa keping gambar dan rakaman video memaparkan suasana banjir yang melanda sebahagian kawasan perumahan tersebut.

Kredit: FB Niena Samsir
Kredit: FB Niena Samsir
Kredit: FB Niena Samsir

https://www.facebook.com/626826526/videos/pcb.10159155913086527/9285283598164589

https://www.facebook.com/626826526/videos/pcb.10159155913086527/407455804839741

https://www.facebook.com/626826526/videos/pcb.10159155913086527/9285283598164589

Ujarnya, walaupun ramai yang tidak menjangka kawasan itu akan banjir tetapi cuaca pada waktu ini tidak menentu hingga kawasan yang tinggi juga dipercayai boleh dinaiki air.

“Hari ni hujan sangat lebat. Sekarang ni banjir bukan saja kawasan kampung sahaja, kawasan bandar pun jangan nak rasa takkan banjir.

“Semoga mereka yang terlibat dipermudahkan segala urusan,” memetik komentar orang ramai.

Banjir di Perak & Selangor

Terdahulu, Bernama melaporkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bilangan negeri yang terkesan banjir melibatkan Perak dan Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, NADMA memaklumkan seramai 402 mangsa daripada 116 Ketua Isi Rumah (KIR), direkodkan berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Sementara itu terdapat dua sungai di Selangor mencatatkan bacaan air di tahap amaran iaitu Sungai Semenyih di Hulu Langat dan Sungai Bernam di Hulu Selangor.

JPS turut mengeluarkan amaran banjir bagi Terengganu dan Kelantan pada 3 petang ini, melibatkan lembangan Sungai Setiu, Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Paka, Sungai Besut dan Sungai Golok.

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir, berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir terlibat.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada 3.30 petang mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan timur Sabah, pantai timur dan Utara Semenanjung dalam tempoh 1 hingga 4 Dis 2022.

https://www.facebook.com/nienasamsir88/posts/pfbid0345qGa2RyPMxZwk3VeAdU7EhgPn6u4SDRVxV7RiMJrwsvD5Ri3tPbRq6sWWAaULksl

Sumber: Niena Samsir via Facebook

BACA: Berdepan Inflasi, Ramai Berjimat Buat Dua Tiga Kerja Sehari Nak Bagi Keluarga “Happy”

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.