Siakap Keli
Kredit Gulzar Sahab/Twitter

Lelaki Perkasa ‘Relaks’ Junjung Motosikal Atas Kepala Sambil Panjat Tangga

Lelaki perkasa ‘relaks’ junjung motosikal atas kepala sambil panjat tangga 

Sebuah klip video tular di media sosial di India berikutan kegagahan seorang lelaki yang menjunjung sebuah motosikal di atas kepalanya sambil memanjat tangga, lapor laman berita India Times.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter itu, lelaki tersebut dilihat sedang berjalan di tepi bas sambil menjunjung sebuah motosikal berwarna hitam di atas kepalanya.

Kemudian lelaki itu dilihat pula memanjat tangga di bahagian sisi bas tersebut sambil cuba mengimbangkan motosikal berkenaan tanpa jatuh.

Lelaki itu memanjat tangga bas tersebut tanpa memegangnya dan seterusnya meletakkan motosikal itu di atas bumbung bas berkenaan.

Video yang dikongsikan pada Jumaat lalu telah meraih perhatian warganet hingga ditonton sebanyak 102,000 tontonan dan mendapat 6,695 tanda suka.

Selain itu, video itu juga mendapat pelbagai komen netizen yang kagum dengan tindakan lelaki tersebut.

“Kapten Amerika pun tidak boleh buat begini,” tulis seorang penonton video tersebut.

“Saya benar-benar perlukan kekuatan leher seperti itu,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

“Ini bukan adiwira… ia adalah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk menyara keluarga mereka. Mereka merisikokan diri supaya dapat memberi keluarga mereka makan. Mereka dieksploitasi,” tulis seorang lagi.

Berdasarkan video tersebut kita dapat simpulkan bahawa manusia sanggup berbuat apa sahaja kerja untuk mendapatkan duit.

Justeru kepada mereka yang mempunyai perkerjaan yang berat di luar sana, semoga anda semua memperoleh keberkatan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Gulzar Sahab/Twitter India Times

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka