Siakap Keli

“Tanda Pangkat Terbalik, Salah Pakai Ke?” Kecoh Sarjan Pakai Empat Calit, Ini Penjelasan Pangkat Sebenarnya

Sebelum ini, terdapat sebuah hantaran Facebook berkenaan gambar seorang anggota polis yang menimbulkan tanda tanya oleh warganet gara-gara tanda pangkat yang dipakainya berada pada kedudukan yang janggal dan tidak menggambarkan pangkat sebenarnya.

Antara komen-komen yang ditinggalkan adalah seperti tidak pernh melihat pangkat tersebut sepanjang perkhidmatannya selama 20 tahun dan komen-komen lain.

Persoalannya, adakah tanda pangkat tersebut dipasang secara atau salah atau membawa maksud yang lain?

Jawapannya telah diterangkan dalam sebuah hantaran Facebook oleh Polis Kedah. Rupanya, tanda empat calit terbalik ini bukanlah tanda pangkat hakiki.

Berdasarkan hantaran tersebut, tanda empat calit terbalik atau dengan nama rasminya, Chevron 4 Terbalik merujuk kepada jawatan khas dalam Pasukan Pancaragam Polis Diraja Malaysia iaitu jawatan Drum Major.

Untuk makluman, Drum Major akan mengetuai pembarisan pancaragam dan sering dilihat pada hadapan barisan sambil memegang tongkat ataupun dikenali sebagai mace.

Dalam pada masa yang sama, anggota polis yang memegang jawatan Drum Major juga memiliki pangkat hakiki mereka seperti Lans  Lans Koperal, Koperal dan sebagainya.

Mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan tanda pangkat Chevron 4 terbalik  ini dalam urusan melibatkan pancaragam sahaja. Jika pegawai tersebut sedang menjalani tugasan rasmi seperti mengawal keadaan pilihan raya, pegawai tersebut perlu mengenakan tanda pangkat hakiki mereka.

Tahukah anda bahawa pemakaian tanda pangkat Chevron 4 terbalik ini sangatlah jarang ditemui di Malaysia. Menurut Friends of PDRM, hanya empat pegawai sahaja yang memiliki tanda pangkat ini di Malaysia.

Patutlah ramai berasa hairan apabila bertemu dengan pemakai tanda pangkat ini, termasuklah anggota polis sendiri. Pemakaian pangkat Drum Major ini sudahpun wujud sejak awal penubuhan pasukan Pancaragam PDRM di Kuala Terengganu.

Berbalik kepada persoalan, mengapa hanya ada empat orang drum major di Malaysia. Ini disebabkan terdapat empat pasukan pancaragam PDRM di negara kita.

PANCARAGAM PDRM menyatakan empat pasukan tesebut iaitu, Cawangan Pancaragam PDRM Pusat KL, Cawangan Pancaragam PDRM Kedah, Cawangan Pancaragam PDRM Sarawak dan Cawangan Pancaragam PDRM Sabah.

Jadi anda sudah mengetahui betapa ‘rare’ nya jawatan ini. Anda juga dinasihati untuk bertanya terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi atau tuduhan yang bersifat serkap jarang. Mungkin rasa ingin tahu anda akan memberikan anda lebih banyak ilmu pengetahuan pada masa yang akan datang?

Untuk penerangan lanjut, anda boleh menonton video TikTok di bawah:

@abamkemam

Replying to @sowwynotme En! en ! encik! Saya nak tanya ni.. Sedikit penerangan tentang Chevron 4 Terbalik yang dipakai oleh PRP di Pancaragam PDRM. #royalmalaysiapolice #polisdirajamalaysia #pdrm #pancaragampdrm #pancaragampusatpdrm #royalmalaysiapoliceband #drummajorpdrm #pancaragampolisdirajamalaysia #chevron4terbalik #drummajorinsignia #enciksayanaktanyani #awaktanyaabamjawab

♬ original sound – FahrulRedzaRamlan – FahrulRedzaRamlan

Sumber: Polis Kedah. Friends of PDRM & PANCARAGAM PDRM via Facebook, @abamkemam via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma