Usahawan Matawang Kripto & Billionaire Rusia Maut Helikopter Dinaiki Terhempas
Seorang billionaire Rusia, Vyacheslav Taran, 53, dilapor meninggal dunia apabila helikopter yang dinaikinya terhempas berdekatan Monaco ketika cuaca cerah.
Memetik laporan Dailymail, helikopter yang dinaikinya terhempas berdekatan bandar resort Villefranche-sur-Mer selepas berlepas dari Lausanne, Switzerland.
Mendiang dilapor bertolak dari Lausanne bersama seorang juruterbang yang berpengalaman di dalam sebuah helikopter berenjin tunggal, H130 ketika ia terhempas sekitar 1.00 tengah hari pada 25 November . Juruterbang helikopter berkenaan turut maut dalam kejadian tersebut.
Seorang lagi penumpang yang sepatutnya menaiki helikoter berkenaan terselamat selepas dilaporkan membatalkan penerbangan tersebut pada minit-minit akhir, mengikut laporan media tempatan.
Siasatan awal yang dibuat oleh pasukan penyiasat yang melawat kawasan nahas tidak menolak kemungkinan campur tangan pihak ketiga sebagai punca kemalangan tersebut.
Mangsa merupakan usahawan matawan kripto dan juga pengasas bersama platform pelaburan dan perdagangan atas talian, Libertex and Forex Club.
Kematian Taran menjadikan kematian ketiga melibatkan usahawan dan pengasas matawang kripto dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan.
Terdahulu, pengasas bersama syarikat matawang kripto Amber Grou, Tiantian Kullander, 30, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada 23 November lalu. Pada 28 Oktober lepas, pengasas bersama platform matawang kripto MakerDAO, Nikolai Mushegian, 29, ditemui meninggal dunia dalam dipercayai akibat lemas di sebuah pantai di Puerto Rico.
BACA: Pengasas Syarikat Kripto Bernilai RM 13 Bilion Di Hong Kong Ditemui Meninggal Dunia
Sumber: Daily Mail