Bagi sesiapa yang ingin mengimbau kenangan sewaktu remaja sambil ditemani lagu-lagu dendangan Melly Goeslaw, anda berpeluang untuk bertemu artis tersebut di Malaysia pada tahun hadapan menerusi konsertnya, Ada Apa Dengan Melly? (AADM)
Penyanyi Kubahagia, Melly Goeslaw mengumumkan bahawa beliau bakal bertemu peminatnya di Malaysia pada tahun hadapan menerusi konsert Ada Apa dengan Melly? (AADM).
Menerusi kapsyen Instagramnya, anda boleh mengimbau kenangan masa silam anda sewaktu remaja pada 3 Februari 2023, di Plenary Hall, Menara Berkembar Petronas (KLCC).
“Di tahun 2002, kalian di mana? Ada apa dengan tahun tersebut 2002? Penuh berwarna dan kenangan, bukan?,” katanya.
Tahukah anda bahawa bahawa nama konsert dan konsep poster ini berdasarkan nama dan poster filem Ada Ada Dengan Cinta? (2002), iaitu sebuah filem yang banyak menampilkan lagu-lagu Melly Goeslaw seperti Kubahagia, Ada Apa Dengan Cinta dan sebagainya pada tahun 2002.

Filem tersebut merupakan salah satu pemangkin Melly Goeslaw untuk melebarkan sayapnya dalam industri muzik Indonesia.
Berbalik pada konsert AADM, harga tiket adalah berdasarkan kedudukan tempat duduk anda.
Ia mula dijual pada tanda harga RM288 (Apa Artinya Cinta?) sehingga RM 1588 (Habibie & Ainun).

Tema konsert yang mampu mengimbau masa remaja anda
Memandangkan filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002) menampilkan kisah murid sekolah menengah, konsert ini telah menetapkan ‘Back to School’ sebagai tema mereka.

Peminat yang hadir juga diminta untuk memakai pakaian seragam sekolah untuk membangkitkan nostalgia filem Ada Apa Dengan Cinta?.
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mendapatkan tiket konsert Ada Apa Dengan Melly bermula pukul 3.00 petang Jumaat (2 Disember).
Sumber: Melly Goeslaw via Instagram