Siakap Keli
Gambar Via Liputan6/Tiktok

(Video) Tular Suara Serak-serak Basah “Cover” Lagu Cinta, Melly Goeslaw Nak Jumpa Pemuda Dari Sarawak Ini

Menyanyi semula atau cover lagu-lagu yang sudah sedia ada  sememangnya menjadi perhatian sejak sekian lama. Malah, ramai sebenarnya penyanyi-penyanyi baharu di negara ini yang memulakan karier nyanyian dengan menyanyikan lagu cover.

Kebiasaannya, nyanyian tersebut akan dimuatnaik menerusi platform Youtube atau media sosial yang lain sehingga menjadi tular.

Sama seperti yang dilakukan oleh lelaki dari Sarawak ini, Bob Yunus yang menjadi tular setelah memuatnaik video nyanyiannya di TikTok. Dengan menyanyikan semula lagu-lagu popular dari Malaysia dan Indonesia, Bob dipuji ramai kerana mempunyai suara serak-serak basah yang sangat sedap didengari, persis suara Cakra Khan.

Video nyanyiannya sentiasa mendapat jumlah tontonan dan perkongsian yang tinggi, termasuk video terbaru yang memperlihatkannya menyanyi lagu bertajuk Cinta.

@bobyunus69

cinta by melly goeslaw remake

♬ original sound – Bob Yunus – Bob Yunus

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 4.5 juta tontonan dan dibanjiri dengan komen-komen yang memuji suaranya.

Lebih menarik, video itu juga ternyata mendapat perhatian penyanyi asal lagu itu, Melly Goeslaw.

Menerusi kiriman Melly di Instagram miliknya semalam, dia mengatakan telah menerima banyak mesej atau DM dari peminat yang memberitahunya mengenai video Bob. Dia meluahkan kekagumannya dan memuji suara Bob.

Jika ada kesempatan, Melly juga menyatakan harapannya untuk berjumpa dengan Bob pada suatu hari nanti dan mencipta ‘sesuatu’ bersama-sama.

“Jujur saya semakin kagum dengan Allah SWT yang menciptakan suara begitu indah dan dititipkan melalui kamu.

“Besar sekali harapan saya untuk bertemu dengan manusia istimewa pilihanNya. Kamu sangat istimewa, dari sebegitu banyak manusia ciptaanNya, dia titipkan suara merdu itu kepada kamu

“Semoga kita boleh bertemu dan mencipta sesuatu bersama-sama,” katanya.

Kiriman Melly itu juga menjadi perhatian netizen di Indonesia termasuk selebriti dan penyanyi popular di negara itu, Cakra Khan.

Sumber: Melly Goeslaw, Bob Yunus

Sofea

There's always another side to every story