Jerung Cetus Panik, Cuba Dekati Dua Pengunjung Pantai
Seekor jerung telah dikesan berkeliaran di kawasan Teluk Parsi antara Dubai dan Qatar dan dilapor cuba mendekati dua pelancong yang turut berada di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, adegan yang menggerunkan itu mula mendapat perhatian apabila seorang penyelamat cuba memberi isyarat kepada seorang wanita yang berada berdekatan dengan jerung tersebut.
Wanita tersebut kemudiannya bertindak dengan tenang dengan menunggu sehingga jerung tersebut berenang menjauhinya.
Setelah itu, dia dilihat cuba berenang secara perlahan-lahan ke pinggir pantai dan hanya melihat ke arah jerung tersebut secara beberapa kali.

Malah, dalam masa yang sama seorang lelaki yang turut berada di dalam laut juga berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibaham oleh jerung tersebut.
Dalam pada itu, video yang tular di media sosial itu telah meraih perhatian orang awam apabila masing-masing memuji tindakan wanita yang dilihat tenang sahaja mengawal keadaan walaupun berhadapan dengan haiwan berbahaya itu.
Walau bagaimanapun, pelancong yang berada di kawasan tersebut telah kembali semula ke Pantai Layang-Layang apabila keadaan menjadi tenang.
Pun begitu, tiada jerung yang dilaporkan kembali semula dan berlegar-legar di kawasan berkenaan.
Pantai Layang-Layang kebiasaannya akan dikawal oleh beberapa penyelamat pantai dan orang ramai hanya dibenarkan berenang sehingga matahari terbenam.
Sumber: Metro UK