Siakap Keli
tak balik

“Kepulangan Yang Bermakna,” 3 Bulan Tak Dapat Balik Kampung, Baru Sedar Ada Yang Tak Sempurna Di Rumah Mak Ayah

“Busy betul anak-anak mak, dah tiga kali call tak ada yang angkat. Masing-masing sibuk kerja agaknya.”

“Dah dua bulan anak-anak tak balik. Rindunya rasa.”

“Tiga bulan sekali baru jejak kampung.. Tak sempat hilang rindu, anak-anak dah sibuk nak balik.”

Mungkin inilah monolog sebahagian ibu bapa kita yang bersendirian di kampung. Hendak diluah, risau anak-anak terasa. Mereka hanya mampu memendam sambil sabar menanti panggilan dan kepulangan anak cucu. Tapi sayangnya, belum pun sempat melepas rindu, anak-anak sudah pulang ke bandar menyahut panggilan kerjaya.

Sebab itu lah, pasti ramai teruja setiap kali dapat cuti yang lama. Masa inilah masing-masing dapat luangkan masa dengan mak ayah yang jauh di mata. Tak lupa juga, ada anak-anak yang mengambil kesempatan memperbaiki segala kerosakan dan bersihkan rumah mak ayah supaya mereka selesa selepas anak-anak pulang ke bandar nanti.

Salah satu benda yang wajib diperiksa setiap kali balik kampung ialah kit kecemasan atau ‘kotak ubat’. Iyalah, golongan berusia ni mudah jatuh sakit. Kulit mudah terluka, imuniti pula makin lemah. Jadi, anak-anak perlu pastikan kit ubatan kecemasan kat rumah mak ayah sentiasa lengkap. Tak adalah nanti mereka terbongkok-bongkok mencari barangan ini bila diperlukan.

1. Oximeter

Oximeter boleh membantu korang untuk melihat sama ada darah mempunyai oksigen yang baik ataupun tidak. Ia boleh mengesan dengan cepat walaupun ada perubahan kecil dalam tahap oksigen. Untuk warga emas, tahap oksigen yang baik adalah antara 95 hingga 100%.

2. Paracetamol

Paracetamol berfungsi sebagai ubat tahan sakit termasuk sakit kepala, demam dan sebagainya. Namun ketika membeli, korang harus lihat jumlah paracetemol yang perlu diambil supaya korang boleh anggarkan berapa biji pil yang perlu diberi kepada ibu bapa korang.

3. Minyak angin atau minyak urut

Boleh dikatakan, minyak inilah antara barang yang amat dicari oleh orang-orang tua bila pening kepala, sakit sendi dan sebagainya.

4. Alat periksa tekanan darah 

Kalau ibu bapa korang ada darah tinggi, mesti korang tahu mereka perlu ke klinik secara berkala bagi memantau tekanan darah. Untuk mudahkan mereka, letak sahaja satu alat periksa tekanan darah di rumah dan rekod tekanan darah pada kertas beserta tarikh. Bawa kertas ini setiap kali ada janji temu dengan doktor di klinik kesihatan.

tak balik

5. Test kit Covid-19

tak balik

Warga emas ni golongan paling berisiko kalau terkena Covid. Jadi, kalau mak ayah korang ada tanda-tanda tak sihat macam demam, batuk dan selsema, pastikan terus buat ujian Covid. Lagi awal detect lagi bagus supaya boleh dapatkan rawatan segera sebelum komplikasi makin teruk terutamanya kalau mereka ada penyakit kronik.

Jadi, pastikan korang simpan stok kit ujian banyak-banyak kat rumah. Tak perlulah mak ayah susah payah ke kedai bila tak sihat, terutama kalau masa tu korang tak ada di rumah.

Nak cari test kit paling murah tapi reliable? Jom ke MR DIY

Sekarang ni test kit Covid pun dah boleh dapat murah-murah kat MR.DIY. RM2 pun dah boleh dapat. Tak perlu cari jauh-jauh, korang boleh borong siap-siap masa on the way balik kampung kat lebih 1,000 cawangan MR.DIY di seluruh negara.

Kalau korang nak tahu, harga test kit kat MR DIY adalah antara termurah berbanding tempat-tempat lain. Kebanyakan harga jualan test kit sekarang adalah RM2.50 ke atas, tapi kat MR DIY korang boleh dapat kit yang berharga RM2 sahaja seunit.

Ada tiga jenama terkenal dan reliable korang boleh pilih iaitu Sejoy, Clungene & BioDetect. Bukan tu je, korang jugak boleh beli test kit ni kat MR.TOYS dan MR.DOLLAR tau.

Banyak pilihan pada harga berpatutan

Paling best, test kit lolipop yang mahal dan susah dicari pun ada kat semua cawangan MR.DIY ni. Harga RM24.90 je untuk lima kit ujian. Bolehlah buat stok untuk anak-anak korang sekali. Lagi banyak beli, lagi banyak boleh jimat.

Ada lagi murah, RM1.40 pun dah boleh dapat kalau beli kat sini

tak balik
(Harga Semenanjung)
tak balik
(Harga Sabah & Sarawak)

Nak lagi murah? Korang borong je terus kat sini. Hanya RM1.40 je seunit. Sesuai sangat beli untuk saudara mara atau letakkan di pejabat dan tempat kerja. Dengan harga murah macam ni, memang tak dapatlah kalau cari di tempat lain.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web MR.DIY sekarang.

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: