Siakap Keli
Gambar: TikTok adil.out

Lapangan Terbang Qatar Sediakan Ruang Tonton Bola, Siap Ada Bantal & Boleh Baring

Lapangan Terbang Qatar Sediakan Ruang Tonton Bola, Siap Ada Bantal & Boleh Baring

Sejak pembukaan kejohanan  Piala Dunia 2022, Qatar telah menunjukkan kemampuannya sebagai tuan rumah. Ia dapat dilihat ketika majlis pembukaan yang diadakan pada 20 November 2022 yang sangat menakjubkan.

Baru-baru ini, terdapat banyak ciapan di media sosial tentang betapa hebatnya Qatar yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Antaranya mengenai stadium tempat kejohanan itu diadakan. Tetapi terdapat satu lagi “stadium” di lapangan terbang di Qatar yang menjadi tumpuan orang ramai.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @adil.out di akaun TikTok yang berkongsi  tentang ‘stadium’ di lapangan terbang itu.

Qatar telah menyediakan tempat di lapangan terbang di mana orang ramai boleh menonton kejohanan bola sepak itu dan tidak terlepas sebarang perlawanan.

@adil.out

Feels like being in the stadium 🏟 🤩 #qatar #qatar2022 #qatar🇶🇦 #worldcup #worldcupqatar2022 #airport

♬ La La La (Brasil 2014)/Waka Waka (This Time for Africa) Medley (El Dorado World Tour Live) – Shakira

Menerusi video tersebut dapat dilihat keadaan di lapangan terbang tersebut, lantainya ditutup dengan pemaidani hijau untuk menggambarkan seperti berada di padang bola sepak.

Bahkan bendera-bendera negara yang mengambil bahagian turut digantung berhampiran dengan siling.

Pihak lapangan terbang juga meletakkanskrin putih yang besar untuk menonton perlawanan bola sepak.

Tidak cuma itu, bantal turut disediakan untuk pengunjung bagi memberikan keselesaan ketika menonton perlawanan. Ramai dilihat berbaring dengan santai ketika berada di situ.

Malah kakitangan di lapangan terbang tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan Piala Dunia itu.

Qatar sebuah negara yang sentiasa mengutamakan rakyat dan memberi layanan yang baik kepada pelancong mereka.

Sumber: @adil.out via Tiktok

Shafikah