Sempena pelancaran Siri Mate 50 yang terbaharu daripada HUAWEI, peneraju peranti pintar yang terkemuka dunia telah memperkenalkan EMUI 13, sistem operasi generasi terkini yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Memanfaatkan teknologi eksklusif HUAWEI, EMUI 13 direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan keupayaan pintar secara menyeluruh, menyampaikan pengalaman interaktif yang saling berhubung, fleksibel, dan boleh dipercayai. Ia menghubungkan peranti sambil menyelaraskan fungsi untuk menghasilkan dunia digital yang disesuaikan khas mengikut keperluan pengguna.
Lebih pantas dan lebih cekap, EMUI 13 memperkenalkan ciri-ciri generasi baharu untuk dipadankan dengan telefon pintar yang terkini untuk meningkatkan pengalaman digital para pengguna. Keupayaan pintar ini membantu memudahkan penggunaan peranti anda dengan menyenangkan pengurusan aplikasi dan kandungan.
Interaksi Peribadi Pintar
EMUI 13 memperkenalkan cara baharu mengakses dan berinteraksi dengan maklumat pada skrin utama peranti anda melalui Service Widgets. Dengan Service Widgets dan Card Folder yang baharu, EMUI 13 didatangkan dengan pilihan penyesuaian yang membolehkan gabungan widgets yang pelbagai bentuk dan saiz untuk mencipta skrin utama yang unik kepada anda.
Dengan fungsi Service Widget, pengguna boleh melihat maklumat atau perkhidmatan dalam aplikasi secara ringkas tanpa perlu membuka aplikasi tersebut. Dengan meleret pada ikon aplikasi tertentu, pengguna boleh menjana Service Widget untuk aplikasi terpilih dan kemudian pin aplikasi tersebut pada skrin utama atau pada mana-mana lokasi kosong untuk menyembunyikannya. Fungsi ini memastikan maklumat dan perkhidmatan dalam aplikasi dapat dilihat dan diurus dengan mudah dan cekap.
Ciri SuperStorage Dapat Menjimatkan Ruang Storan Anda
Huawei memperkenalkan SuperStorage, teknologi pemampatan storan hyperspace yang pertama dalam industri yang berfungsi untuk meluaskan lagi ruang storan peranti pintar untuk pengguna.
Selain daripada menyediakan lebih banyak ruang storan, SuperStorage membantu pengguna mengurus kandungan yang disimpan untuk memaksimumkan ruang storan. Melalui fungsi SuperStorage, fail pendua dapat dikesan secara automatik dan ditandakan untuk perhatian pengguna. Ini termasuk kandungan yang dihantar daripada aplikasi pihak ketiga seperti gambar sama yang dihantar daripada platform berbeza. SuperStorage akan mengenal pasti fail pendua secara automatik dan pengguna boleh memilih untuk memampatkan fail pendua dalam aplikasi HUAWEI Optimiser.
Fungsi ini berguna untuk mengosongkan ruang storan dengan menyusun fail pendua, memampatkan aplikasi yang kurang digunakan dan menghapuskan muat turun yang tidak perlu. Yang penting, langkah-langkah ini tidak akan menjejaskan penggunaan peranti.
Penyelesaian SuperHub untuk Meningkatkan Kecekapan
Pengguna sering menghadapi senario di mana mereka perlu memindahkan fail ke aplikasi dan peranti berbeza yang menyukarkan kerana mereka perlu bertukar aplikasi berulang kali untuk mengakses kandungan, tambahan pula dengan ketidakupayaan untuk memproses pemindahan fail yang banyak pada satu masa.
SuperHub membenarkan pengguna berkongsi fail ke mana-mana aplikasi atau peranti yang disambungkan dengan hanya mengheret dan melepaskan fail ke dalam SuperHub. Pengguna boleh mencari, mengguna semula dan memadam kandungan yang dikongsi dengan mudah. Ia meningkatkan kecekapan dan mengelakkan pendua yang mungkin berlaku apabila pengguna bertukar-tukar antara berbilang aplikasi.
Kongsi Audio – Sambungan Dwi Earbud Satu Ketik
Ingin berkongsi muzik dengan rakan anda menggunakan telefon pintar? Dengan EMUI 13, pengguna boleh menyambungkan peranti FreeBuds dan berkongsi sehingga dua earbuds pada masa yang sama sambil mengawal tahap bunyi. EMUI 13 boleh menyambung dua HUAWEI FreeBuds Pro 2 secara serentak untuk perkongsian audio yang mudah dan senang antara earbuds.
Klik pada Share Audio dalam Audio Control Panel, buka HUAWEI FreeBuds Pro 2 yang kedua dalam jarak 10cm dari siri HUAWEI Mate 50, dan peranti pintar anda akan mencari earbuds secara automatik dan akan bersambung untuk berkongsi audio.
Apabila memakai HUAWEI FreeBuds Pro 2, pengguna juga boleh berhubung dengan telefon pintar dengan berjalan berhampiran dengan peranti sasaran. Notifikasi akan muncul untuk mengesahkan sambungan.
Memastikan Kawalan Privasi dan Keselamatan di Tangan Anda
Huawei sentiasa mementingkan kecekapan rangkaian keselamatan dan perlindungan privasi melalui teknologi inovatif yang menerajui industri.
Oleh itu, sistem operasi EMUI 13 kini meningkatkan lagi keselamataan dan privasi pengguna dengan penambahan fungsi verifikasi, memastikan status keselamatan peranti telus dan terkawal, serta perlindungan data pengguna yang lebih mudah namun selamat.
Fungsi Privacy Center menyediakan papan pemuka untuk melihat semua aplikasi yang terdapat dalam peranti. Perlindungan privasi proaktif sentiasa dikuatkuasakan untuk mengesan aplikasi berisiko. Apabila sesuatu aplikasi dianggap menggunakan kebenaran secara tidak munasabah, Privacy Center akan mengesyorkan pengguna untuk membatalkan kebenaran.
Tambahan lagi, Security Center turut menyediakan keselamatan yang menyeluruh untuk peranti anda. Apabila Security Center dibuka, pengguna boleh menyemak situasi keselamatan semasa peranti mereka pada bila-bila masa, termasuk App Lock, Password Vault, File Safe, Find Device dan banyak lagi. Ia akan mengenal pasti masalah yang wujud dan bertindak balas mengikut situasi tertentu. Sehubungan dengan itu, Security Center akan memberi cadangan perlindungan peranti yang sesuai.
Akhir sekali, EMUI 13 juga menyediakan fungsi Image Privacy Protection di mana pengguna boleh memadamkan gambar sensitif dengan satu klik.
Untuk maklumat lanjut tentang EMUI 13, sila layari HUAWEI Official Website.