Siakap Keli

Lengkap Dengan Ihram, Tular Foto Shah Rukh Khan Di Mekah, Dipercayai Kerjakan Umrah

Video Tular Di Media Sosial Shah Rukh Khan Menunaikan Umrah Di Mekah Selepas Penggambaran Dunki

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan tiba-tiba menjadi bualan ramai hari ini selepas tular beberapa keping gambarnya mengenakan ihram dan berada di Tanah Suci Mekah dipercayai bagi melaksanakan ibadah umrah.

Didalam gambar dan video yang menjadi viral itu, beliau dilihat turut memakai pelitup mukan dan diapit beberapa orang dipercayai pengawal peribadinya.

Terdahulu, pelakon berkenaan memaklumkan keberadaannya di Arab Saudi bagi menjalani penggambaran filem terbarunya, Dunki. Menurut laporan Times of India, selepas menamatkan sesi penggambaran, pelakon berkenaan terus mengambil penerbangan ke Mekah bagi mengerjakan ibadah tersebut.

Dalam video yang dimuat naik di Instagramnya, pelakon berkenaan turut berterima kasih dengan pihak Arab Saudi yanag memberi kerjasama yang baik semasa pengambaran tersebut.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada Kementerian Kebudayaan Arab Saudi, pasukan saya dan semua yang menjadikan jadual penggambaran Dunki ini berjalan begitu lancar.

”Tidak ada yang lebih memuaskan daripada menyelesaikan jadual penggambaran seperti yang dilakukan dengan Dunki di Saudi,” katanya.

Selain Dunki, Shah Rukh Khan juga bakal muncul menerusi filem ‘Pathaan’ Siddharth Anand bersama Deepika Padukone dan John Abraham.

Seterusnya, pelakon yang digelar Raja Bollywood itu juga akan tampil dalam filem Jawan Atlee, bersama Vijay Sethupathi dan Nayanthara.

BACA: Imbas Kod QR Untuk Sejarah & Papar Hadis Di Dinding Bangunan, Qatar Manfaat Piala Dunia Perkenal Islam

Sumber: Times of India, bollywoodarab.fc2 via Instagram

Shafikah