Siakap Keli
Gambar: The Jakarta Post

Pelancong Malaysia Paling Ramai Lawat Indonesia Tahun 2022

Pelancong malaysia paling ramai lawat indonesia tahun 2022

Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS) mendedahkan bahawa seramai 678,500 pelancong asing telah melawat Indonesia pada Oktober tahun ini, lapor Tempo.co.

Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 364.31 peratus berbanding Oktober tahun lalu dengan seramai 146,100.

Pada asas bulanan, kunjungan pelancong asing direkodkan meningkat sebanyak 4.57 peratus berbanding September 2022 dengan seramai 648,900.

“Jumlah kunjungan pelancong asing terus meningkat sejak Januari 2022,” kata timbalan statistik pengagihan dan perkhidmatan BPS, Setianto dalam sebuah sidang media atas talian pada Khamis, 1 Disember.

Pada bulan Oktober, seramai 564,710 pelancong asing telah memasuki negara itu melalui pintu masuk utama dan seramai 113,820 yang lain melalui pintu masuk sempadan.

Kemasukan melalui pintu masuk utama menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dan dicatatkan seramai 446,700 orang. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2,741.26 peratus berbanding Oktober 2021 lalu.

Setianto turut mendedahkan jumlah kunjungan pelancong asing antara Januari dan Oktober 2022 mencecah 3.92 juta orang, meningkat sebanyak 215.16 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Berdasarkan taraf kewarganegaraan pelangcong, jumlah pelancong asing yang paling ramai memasuki Indonesia datang dari Malaysia iaitu seramai 106,100 kunjungan.

Dari Januari hingga Oktober 2022, Indonesia menerima sekitar 776,000 orang pelancong dari Malaysia atau sebanyak 19.8 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong asing pada 2022.

Selepas Malaysia, negara Australia mencatatkan seramai 93,00o orang pelancong, dari Singapura seramai 84,500 orang, Timor Leste 66,100 orang, India 37,000 orang, UK 10 orang dan Amerika 21,600 orang.

Sumber: Tempo.co 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka