Siakap Keli
Kredit: Bernama

Selepas Ke Istana Negara, PM Ke Istana Kinta Pula Menghadap Sultan Perak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di perkarangan Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak pagi ini.

Menurut Bernama, Anwar Ibrahim telah tiba di perkarangan Istana Kinta bagi sesi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pagi ini, kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Untuk makluman, ini merupakan sesi menghadap pertama Anwar, yang juga merangkap sebagai Ahli Parlimen Tambun sejak memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) dan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri tersebut dilihat telah memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 1 pada 8.22 pagi.

Kemudian, beliau beredar meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 9.15 pagi, selepas melakukan sesi menghadap hampir sejam dan terus menuju ke Istana Kinta.

Semalam, Anwar mengatakan bahawa perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan beliau berharap ia dapat diumumkan secara rasmi dalam masa yang terdekat.

Berita lanjut bakal menyusul…

BACA: PM Tiba Di Istana Negara, Dipercayai Bagi Persembahkan Senarai Nama Cadangan Menteri Kabinet

Sumber: Bernama via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma