Siakap Keli
Kredit Martial Trezzini/Keystone

90 Peratus Populasi Dunia Dianggarkan Miliki Imuniti Covid-19- WHO

90 peratus populasi dunia dianggarkan miliki imuniti Covid-19- WHO

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan bahawa 90% daripada penduduk dunia kini mempunyai ketahanan imuniti terhadap Covid-19, lapor The Guardian.

Namun begitu, WHO juga memberi amaran bahawa varian baharu yang membimbangkan mungkin boleh muncul.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata bahawa kealpaan dalam pemantauan akan membuka ruang untuk varian virus yang baharu untuk muncul dan ianya mungkin akan mengatasi Omicron yang dominan di seluruh dunia.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“WHO menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 90% penduduk dunia kini mempunyai beberapa tahap imuniti terhadap Sars-Cov-2, disebabkan oleh jangkitan atau vaksinasi sebelum ini,” kata Tedros, merujuk kepada virus yang menyebabkan penyakit Covid-19.

“Kita juga semakin hampir untuk mengumumkan fasa kecemasan pandemik bakal berakhir, namun kita masih belum sampai ke tahap itu lagi.

“Kealpaan dalam pemantauan, ujian saringan, penjujukan genom dan vaksinasi terus mewujudkan keadaan yang sesuai untuk kemunculan varian baharu yang membimbangkan dan boleh menyebabkan kematian,” kata Tedros lagi kepada pemberita.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Hujung minggu lalu telah menandakan genap satu tahun sejak organisasi itu mengumumkan Omicron sebagai varian baharu yang membimbangkan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Sejak itu, varian tersebut melanda dunia dan ianya terbukti lebih mudah dijangkiti dibandingkan dengan varian Delta.

Selain itu, Tedros juga berkata sehingga kini terdapat lebih daripada 500 subvarian Omicron yang sangat mudah ditularkan dijumpai dan ianya juga lebih mudah bergerak di sebalik imuniti yang terbina.

Namun begitu, subvarian itu kurang berbahaya jika nak dibandingkan dengan varian sebelumnya.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Sementara itu, hampir 6.6 juta kematian disebabkan Covid telah dilaporkan kepada WHO daripada hampir 640 juta kes yang didaftarkan.

Namun, agensi kesihatan PBB berkata angka itu tidak mencerminkan jumlah sebenar kes kematian di seluruh dunia.

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.