Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Menteri Bakal Lonjak Pelaburan Di Perak – Menteri Besar

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Bernama
Enam Menteri Bakal Lonjak Pelaburan Di Perak – Menteri Besar

KUALA KANGSAR, 3 Dis (Bernama) — Pelantikan enam menteri dari negeri ini ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan kehadiran dan keyakinan pelabur ke negara ini tidak terkecuali Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata pelantikan itu juga secara tidak langsung akan memulihkan ekonomi negeri itu dengan kehadiran pelaburan baharu kelak.

“Ia bertepatan memandangkan secara kebetulan Perak sedang berusaha keras membuat persiapan menarik pelabur bagi mengisi tapak-tapak taman industri baharu yang dibina.

“Diharapkan juga pengumuman pelantikan Kabinet semalam dapat meyakinkan pelabur untuk melihat Perak sebagai potensi baharu untuk pelaburan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini hari ini, yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pelantikan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan termasuk dua timbalan perdana menteri.

Enam anggota Jemaah Menteri dari Perak ialah Perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari Parlimen Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut dilantik ialah V. Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia dari Parlimen Batu Gajah, Menteri Sains dan Teknologi Chan Lih Kang dari Parlimen Tanjung Malim, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dari Parlimen Teluk Intan.

BACA: Saifuddin Nasution, Zambry, Tengku Zafrul Dan Mohd Na’im Angkat Sumpah Senator

Sumber: Bernama