Beberapa Laluan Di Sekitar Sepang Dinaiki Air, Setakat Pukul 3 Petang Ini
Berdasarkan laporan, berikut merupakan kemas kini keadaan beberapa jalan di sekitar daerah Sepang yang dinaiki air pada hari ini.
Pihak Ibu Pejabat Daerah Sepang (Cawangan Trafik), pihaknya telah melaporkan beberapa laluan di kawasan Sepang yang masih ditenggelami air sehingga ke hari ini.
Susulan itu, pihaknya juga telah menutup jalan di persimpangan Lampu Isyarat Kiwa dari KLIA ke Kota Warisan. Paras air di laluan ini dilaporkan masih tinggi dan tidak selamat dilalui oleh para pengguna jalan raya.
Manakala jalan di laluan arah Cyberjaya/Kota Warisan – Nilai – KLIA dan laluan dari arah Nilai – KLIA – Kota Warisan turut dinaiki air.
Berdasarkan laporan pada pukul 3.00 petang tadi, kedua-dua laluan tersebut bagaimanapun masih boleh dilalui namun aliran trafik bagi kedua-dua laluan ini agak pelahan.
Pada akhir laporan, pihak Trafik IPD Sepang menasihati pengguna untuk mematuhi arahan petugas dan papan tanda arah yang disediakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
BACA: ‘Musim Sejuk’ Di Malaysia Hingga Februari
Sumber: Trafik IPD Sepang via Facebook