Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Pelantikan Anthony Loke Terajui MOT Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang

Pelantikan Anthony Loke terajui MOT ibarat sirih pulang ke gagang

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bukanlah nama asing dalam arena politik tanah air menerusi ketokohannya sebagai pemimpin yang berjiwa besar.

Ahli Parlimen Seremban itu antara pemimpin yang sering lantang bersuara memperjuangkan hak masyarakat semasa di Dewan Rakyat sepanjang berada di blok pembangkang, sebelum ini.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Malah, prestasi cemerlang diperlihatkan Loke ketika menjadi Menteri Pengangkutan sebelum ini menjadikan pelantikan beliau dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Pelantikan Loke sebagai Menteri Pengangkutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ibarat sirih pulang ke gagang.

Ini kerana, Loke, 45, pernah menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT) sejak 21 Mei 2018 hingga 24 Feb 2020 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), dan beliau antara menteri yang mempunyai rekod cemerlang  dalam menjalankan tugasnya dan disenangi ramai pihak.

Menyingkap kembali perjalanannya dalam arena politik, Loke mula menyertai DAP pada 1994 sebagai ahli biasa dan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) sebelum dipilih sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan sejak 2004 hingga kini.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) 2004, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Lobak dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP bagi penggal 2004-2007 serta memenangi pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Pada PRU12, anak jati Seremban itu berjaya mempertahankan kerusi DUN Lobak buat penggal kedua selain menawan kerusi Parlimen Rasah serta menang pemilihan parti sebagai anggota CEC bagi penggal 2008-2011 dan dilantik sebagai Setiausaha Biro Pendidikan Politik DAP.

Pada 2012, beliau sekali lagi mengekalkan keanggotaan dalam  CEC DAP bagi penggal 2012-2015 dan dipilih sebagai Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP dan menganggotai Biro Pakatan Rakyat mewakili DAP.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Kerjayanya dalam politik terus berkembang apabila pada PRU13, Loke bertukar kerusi ke Parlimen  Seremban  dan DUN Chennah di Jelebu sekali gus memenangi kedua-dua kerusi berkenaan.

Selain itu, beliau turut menjawat jawatan Setiausaha Organisasi Kebangsaan CEC DAP  serta dilantik sebagai anggota Biro Pilihan Raya DAP dan Biro Pakatan Rakyat DAP dalam pemilihan parti itu pada 2013.

Tidak terhenti di situ apabila pada PRU14, Loke yang juga pemegang Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya terus mempertahankan kerusi Parlimen Seremban dengan majoriti 30,694 undi dan kerusi DUN Chennah dengan majoriti 1,155 undi.

Pada 20 Mac lepas, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng yang dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-17.

Pada PRU15, 19 Nov lepas, beliau sekali lagi berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Parlimen Seremban selepas memperoleh majoriti 30,841 undi sekali gus menewaskan empat pencabar lain daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pejuang dan Bebas.

Berdasarkan kredibiliti dan prestasi cemerlang Loke yang pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini, diharapkan pengangkutan awam negara akan menerima limpahan faedah terutamanya bagi peningkatan tahap pengangkutan awam yang lebih efisien.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.