Siakap Keli
anjing lim guan eng mati
Gambar: FB Lim Guan Eng

“Kami Akan Merindui Kamu..” Anjing Kesayangan Lim Guan Eng Mati

Haiwan peliharaan merupakan sebahagian daripada hidup manusia ekoran perasaan sayang telah disemai dan diberi sejak ia kecil lagi, selain memberi tempat perlindungan dan makanan kepadanya.

Setiap saat yang dilalui, setiap detik yang berjalan pastinya dipenuhi dengan kenangan yang dibina bersama haiwan itu kerana telah tinggal dalam rumah yang sama, menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.

Kehilangan mereka akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penjaga hingga diibaratkan seperti pemergian ahli keluarga terdekat, oleh kerana memori yang telah tercipta semasa ia masih hidup.

Begitu juga yang dirasai oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng apabila mendapat perkhabaran mengenai anjing kesayangannya yang telah menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi, Guan Eng berkongsi mengenai perwatakan anjing peliharaannya yang diberi nama Fluffy dan cara pertemuan pertama mereka.

Guan Eng turut berkongsi gambar dan detik-detik akhir mereka di Facebook rasminya sebentar tadi.

Kredit: FB Lim Guan Eng

“Anjing saya Fluffy meninggal dunia. Usianya hampir 14 tahun. Saya telah mengambil dan menyelamatkannya setelah melihat dia terbiar di tepi jalan di kawasan parlimen (saya) semasa di Bagan, di mana saya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Guan Eng, selepas mendapat perkhabaran mengenai kematiannya, beliau bergegas pulang ke ibu kota untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

“Dia merupakan anjing pengawasan yang bijak. Bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya,” tambahnya.

Walaupun dalam kesibukan bekerja, tidak dinafikan Fluffy masih setia menemaninya dan berkhidmat untuk keluarga beliau sepanjang hidupnya.

Mengakui Fluffy sebagai peneman yang baik, Guan Eng berkata pemergiannya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap beliau dan seisi keluarganya.

“Seisi keluarga patah hati kerana kehilangan peneman setia kami. Kami akan sangat merindui kamu,” ucap Guan Eng mengakhiri ayatnya.

Sumber: Lim Guan Eng/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana