Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belanjawan Emolumen Dibentang Pada Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

Nurhanis
pembentangan belanjawan emolumen
Gambar: BERNAMA

Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) belanjawan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan khususnya gaji penjawat awam pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli.

Lapor Bernama, Rafizi turut memaklumkan kerajaan dijangka membentangkan belanjawan yang menyeluruh dalam tempoh sebulan atau dua bulan dari sekarang.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belanjawan mini akan dibentangkan oleh kerajaan bagi meluluskan emolumen kerana ia penting untuk memastikan tiada kebimbangan berlaku dalam penjawat awam berhubung gaji.

Sidang Dewan Rakyat dijangka akan diadakan pada 19 Disember ini dan turut disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Berita penuh menyusul.

Sumber: BERNAMA