Pengasas Produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Memetik laporan Astro Gempak, Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia dalam tidur kira-kira jam 8.00 malam, semalam.
Anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, SM Gadaffi Syed Ali mengesahkan mengenai berita tersebut.
“Dia dah sampai masa sebenarnya, sebelum itu dia dah kata nak ‘balik’. Cumanya dia ada bagi tahu satu hasrat nak tengok konvokesyen dulu.
“Pada pagi Ahad saya graduate dan terus buat panggilan video dengan arwah, saya ucap terima kasih kerana lahirkan saya dan akhirnya dapat juga graduate.
“Dia balas, Alhamdulillah bagus anak ibu berjaya. Kemudian lepas waktu Zohor terus dia dah lembik.
“Lebih kurang 8 malam lebih sikit macam tu kejut untuk ajak makan malam dia dah tak sedar, bila periksa jantung dah berhenti,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, dia bersyukur kerana dapat menjalankan tugas sebagai seorang anak.
“Saya sempat berterima kasih dan minta maaf pada dia, minta halal segalanya termasuklah susu badan ibu.
“Sekarang ini keadaan saya sudah pasti sedih sebab itu mak saya. Saya antara yang paling rapat dengan arwah dan banyak perkara yang kami lalui dan buat bersama.
“Dia pun banyak mengajar saya tentang hidup. Saya sempat bawa dia pergi Umrah dan Haji, itu yang buat saya sangat bangga dan bersyukur sebagai seorang anak,” ujarnya.
Sementara itu, jenazah Allahyarhamah dilaporkan telah selamat dikebumikan pada jam 9 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat Johor.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Sumber: Astro Gempak
BACA JUGA: Patutlah “Crush” Asyik Pekup Hidung Setiap Kali Sembang, Rupanya Dia Nak Elak Benda Ni