Siakap Keli

Patutlah “Crush” Asyik Pekup Hidung Setiap Kali Sembang, Rupanya Dia Nak Elak Benda Ni

“Hari-hari berus gigi, tapi mulut masih berbau.”

Setiap daripada kita sememangnya mempunyai ‘imej’ tersendiri yang akan melekat di dalam minda orang sekeliling. Hal ini termasuk gaya penampilan yang sering ditonjolkan oleh kita. Bagaimanapun, gaya penampilan yang cantik dan kacak saja tidak akan bermakna jika kebersihan dan kesihatan diri tidak dijaga.

Sama macam dilalui lelaki ini yang kecewa apabila crush yang disayangi seakan menjauh kerana bau mulut dan badannya yang terlalu kuat. Dah bermacam inisiatif dibuat tapi masalah bau badan dan mulut tetap ada sampai jejaskan keyakinan diri.

Lebih merisaukan, ada kawan-kawannya yang mula menjauhkan diri kerana sudah tidak tahan dengan bau badan dan mulutnya. Kemuncaknya bila crush macam tak selesa dan selalu pekup hidung bila berbual.

Tetapi apa sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah bau tersebut? Betul ke tak jaga kebersihan? Kalau nak tahu, meh tengok dekat bawah ni.

Punca masalah mulut dan badan berbau

Menurut MyHealth, mulut atau nafas berbau kebiasaannya berlaku kerana tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Juga digelar sebagai halitosis, ia berlaku ketika bangun tidur keran pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.

Bakteria tersebut pula merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.

Selain itu, ada juga beberapa perkara yang boleh mengakibatkan mulut berbau seperti merokok penggunaan gigi palsu, penyakit gigi dan gusi, penyakit paru-paru dan sinus yang kronik dan pembengkakkan tonsil atau adenoids.

Manakala bagi masalah bau badan, ia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berpeluh, aktiviti harian yang dilakukan, diet pemakanan, keadaan perubatan, alkohol, pakaian dan genetik.

Cara atasi masalah bau mulut

Pelbagai khasiat dalam buah-buahan tersebut seperti vitamin C yang boleh menghalang bakteria jahat daripada terus membiak di dalam mulut. Antara sayur atau buah-buahan yang dimaksudkan adalah bayam, lemon, epal, nanas, kiwi, pear dan markisa.

Amalan memakan buah dan sayuran ini boleh membantu mengeluarkan toksin-toksin dalam tubuh dengan sendiri.

Sebagai contoh, bagi yang belum tahu, buah markisa mempunyai serat diet yang membantu masalah sembelit dan memastikan perut terus kekal sihat.

Bukan itu sahaja, bayam pula dipercayai boleh mengawal kandungan kalori dan dalam masa sama menjadikan kulit lembut serta lebih cantik.

Bagi buah lemon pula, ia mengandungi vitamin C dan juga antioksidan yang membantu menyerap banyak air ke dalam usus sekaligus boleh menghindari masalah perut tidak terhidrasi dan menghalang sembelit berlaku.

Selain itu, buah epal mengandungi sebatian pectin yang mampu ‘mengikat’ kolesterol dan kandungan-kandungan berat lain yang terbentuk di dalam badan.

Buah nanas pula mengandungi sebatian yang dikenali sebagai bromelain yang dikatakan mampu menambah baik fungsi penghadaman dalam badan.

Sementara itu, buah kiwi dapat mengurangkan berat badan dan juga menyingkirkan toksin daripada badan.

Dalam pada itu, selain mempunyai vitamin c dan vitamin k, buah pear juga mengandungi potassium dan antioksidan yang membantu memelihara kesihatan perut.

Tapi dengan kesibukan harian, ia kadang kala menyebabkan kita skip makan sayur atau buah. Namun, kalau korang nak tahu semua kebaikan atau khasiat sayuran ada di dalam produk Kitsui.

Tak perlu risau kerana Kitsui ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijual di Farmasi seperti Kitsui.

Dengan gabungan segala khasiat buahan dan sayuran, Kitsui Bellos Fibre boleh membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

Bukan sahaja dilengkapi dengan gabungan 9 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, ia juga turut diperkaya dengan 18 vitamin dan mineral. Rasa campuran buah-buahan dan sayur-sayuran itu sangat sedap untuk diminum?

Manfaat Kitsui Bellos Fibre

Untuk pengetahuan korang, Kitsui Bellos Fibre ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan membantu mengempiskan perut yang buncit.

Bukan itu sahaja, ia dapat membantu membuang sisa-sisa dan toksin yang terkumpul di bahagian usus dan menyokong penyerapan nutrien yang optimum.

Pembuangan sisa toksin itu bukan sahaja boleh membantu menghilangkan bau mulut tetapi juga boleh membantu menghilangkan masalah perut kembung, kenaikan jerawat batu dan keletihan.

Disebabkan itu, ia sangat sesuai untuk mereka yang membuang air kurang dari tiga kali seminggu.

Malah, produk tersebut juga boleh membantu individu yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mempunyai tabiat pemakanan yang tidak seimbang.

Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi, jika anda mempunyai masalah bau mulut dan cepat mengalami keletihan, bolehlah cuba Kitsui Bellos Fibre ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web, Instagram dan Shopee Kitsui.

Sofea

There's always another side to every story