Siakap Keli
Puluhan Bilion Ringgit Peruntukan Kerajaan Terdahulu
Gambar: Bernama

Ada Puluhan Bilion Ringgit Peruntukan Kerajaan Terdahulu Langgar Peraturan – PM

Ada Puluhan Bilion Ringgit Peruntukan Kerajaan Langgar Peraturan – PM

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat peruntukan berpuluh bilion Ringgit yang diberikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat didapati melanggar peraturan.

Menurut sidang media yang disiarkan Astro Awani, Anwar menjelaskan bahawa peruntukan RM600 bilion yang diberikan kerajaan PN kepada rakyat, sejumlah besarnya didapati datang daripada wang rakyat melalui KWSP dan moratorium bank.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Walaupun begitu, beliau mendedahkan bahawa terdapat puluhan bilion ringgit lain yang diperuntukkan menunjukkan ada beberapa proses dan prosedur didapati melanggar peraturan.

“Kerana terdapat proses, prosedur yang tidak mematuhi. Beberapa syarikat yang berkepentingan terkait dengan keluarga juga terlibat,” kata beliau dalam wawancara tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Selain itu, beliau juga memberi peringatan kepada Pengerusi Pakatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mencabar kepimpinan beliau dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau sempat menegaskan bahawa tumpuan utama kini adalah untuk mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi kebajikan kepada rakyat.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.