Siakap Keli
Kredit: Amirul Shazmi/facebook

Asal Jual Je Syahmi Mesti Beli, Ini 10 Tips Rahsia Kejayaan Perniagaan Samer Buat

Asal Jual Je Syahmi Mesti Beli, Ini 10 Tips Rahsia Kejayaan Perniagaan Samer Buat

Syahmi Syazli adalah antara tokoh pempengaruh media sosial dan Youtuber yang sangat terkenal di Malysia serta mempunyai jutaan pengikut.

Hampir setiap masa, warga maya sentiasa tertunggu-tunggu kandungan kreatif yang dhasilkannya dimuat naik sama ada menerusi Facebook atau saluran Youtube miliknya.

Walaupun kandungan yang dimuat naik kerap menghadirkan tawa dan senyum penonton, namun tidak dapat dinafikan ia turut diselit dengan ilmu bermanfaat untuk kita pelajari.

Salah satunya ada kandungan bersama Samer, yang sering menjual pelbagai produk kepada Syahmi. Menerusi video-video yang menunjukkan bakat bisnes Samer ini, sebenarnya terdapat banyak tips perniagaan yang berguna untuk mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Di sini, kami kongsikan hantaran Facebook yang dibuat oleh Amirul Shazmi yang berkongsi tips kejayaan perniagaan Samer, sehinggakan asal jual sahaja Syahmi pasti beli.

Jom kita baca sama-sama.

10 TIPS RAHSIA KEJAYAAN PERNIAGAAN SAMER

JAGA RAHSIA

Samer tidak pernah memberitahu lokasi sebenar tempat dia mendapatkan stok barangannya walaupun banyak kali di tanya oleh syahmi tetapi beliau tetap tidak berkongsi dengan beliau.

SENTIASA BERMANIS MUKA

Seterusnya, samer juga menunjukkan kepakaran beliau dalam melakukan urusniaga ketika berjualan dengan sentiasa menunjukkan reaksi wajah yang gembira dan semangat walaupun dalam keadaan penat siang atau malam.

CERITA KELEBIHAN PRODUK

Samer banyak mempengaruhi pelanggan dengan menyatakan kelebihan produknya walaupun ia adalah produk biasa sahaja tetapi cara beliau mampu memikat hati pelanggannya. Beliau berkata kepada syahmi jika beliau membeli barangnya, keadaan rumah akan lebih sejuk dan tenang.

JUALAN SECARA PUKAL @ PAKEJ

Samer menjual anak patung beruang secara pakej 4 serangkai, Keris 3 beradik, Cincin delima 3 kerana itu adalah stok pertama dan terakhir beliau.  Menurutnya penjualan secara pukal dilakukan supaya stok dapat dihabiskan dengan cepat dan duit tersebut dapat digunakan untuk membeli stok barang yang lain untuk urusniaga seterusnya.

JANGAN BERTANGGUH

Ini dapat dilihat apabila selang 30 minit selepas Syahmi membeli cincin dari Samer, Samer datang membawa barang seterusnya untuk dijual kepada Syahmi.

BERIKAN HADIAH

Samer beri hadiah buah nyor kepada syahmi (Buah kelapa dapat percuma dari rumahnya). Perbuatan ini menjadi salah satu intipati penting dalam kejayaan perniagaan Samer kerana kita dapat melihat pelanggan mudah tertarik dan tertawan hati dengan budi pekerti Samer sehingga ingin terus membeli dengannya walaupun barang yang ingin dijual masih belum ada.

BERIKAN DISKAUN

Dalam perniagaan ada ketika kita akan melakukan proses tawar menawar untuk menarik minat pelanggan atau rakan kongsi kita. Dalam urusan jualan samer beliau sentiasa memberi diskaun kepada  syahmi dan dia juga akan memberi diskaun kepada pelanggannya walaupun mereka tidak memintanya lagi.

JANGAN MENJUAL DARIPADA HARGA MODAL

Jika pelanggan mendesak untuk membeli harga bawah daripada modal, sila nyatakan harga modal dan keuntungan anda kerana ia untuk membuat pelanggan memahami keadaan anda. Selain itu, jangan lupa untuk menggunakan kemahiran simpati untuk memenangkan hati pelanggan anda.

JANGAN LUPA BERSEDEKAH

Ini adalah salah satu tips yang penting untuk bakal peniaga yang ingin maju dalam perniagaan iaitu jangan lupa untuk berkongsi rezeki kepada orang lain. Seperti contoh apa yang dilakukan oleh samer, hasil keuntungan jualan gajah kayu koka berjumlah RM 50 dan samer bersedekah kepada budak yang dikatakan mengalami kecacatan kaki sebanyak RM25, manakala lebihan adalah untuk dirinya.

PUJI PELANGGAN

Memuji pelanggan adalah untuk menarik minat mereka kerana pelanggan mudah tertarik dengan pujian. Sebagai contoh samer sering mengatakan Syahmi ni “Kaya”, “Jutawan”, “Duit Banyak”. Melalui proses tersebut ia akan membantu anda menjual barangan anda dengan mudah.

Ingin menjadi usahawan berjaya seperti samer, jangan lupa mencuba tips mudah dan senang yang diamalkani oleh Samer untuk berjaya. Semoga bermanfaat.

Sumber: Amirul Shazmi via Facebook

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.